window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda?

Haris Ā· Jun 28, 2021 07:00 PM

Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda? 01

Sebelum ini, Honda HR-V (Vezel) generasi ketiga telah mengalami tempoh menunggu sehingga 10 bulan di Jepun. Namun laporan terbaru telah mengesahkan bahawa ia kini mengambil masa selama lebih 12 bulan sebelum pembeli mendapat kunci.

Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda? 02

Laporan daripada media Jepun melaporkan bahawa pembeli di Jepun kini menghadapi kesukaran untuk menerima Honda Vezel. Hal ini disebabkan oleh gangguan bekalan cip semikonduktor yang membelenggu pengeluaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda? 01

Varian Play

Varian hibrid mendahului senarai menunggu (yang tentunya memerlukan komponen yang lebih banyak) di mana varian 1.5 Play e:HEV memerlukan setahun tempoh menunggu. Sementara itu, varian pertengahan dan X e:HEV masih mempunyai tempoh menunggu 6 bulan.

Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda? 02

Pilihan yang lebih selamat adalah varian asas G. Pelanggan hanya perlu menunggu 3 bulan sahaja sebelum menerima kereta. Namun ini bukanlah suatu pilihan yang popular di sebuah negara dengan harga petrol yang sangat mahal.

Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda? 03

Honda HR-V bukan baru laris kali ini. Sebelum ini, juga, Honda Vezel adalah salah satu model yang popular di Jepun.

Seorang pengedar Honda memaklumkan media Jepun bahawa "Sejak Vezel (HR-V) dilancarkan pada tahun 2013, ramai pelanggan tertarik dengan ruang kabin dan bagasi yang luas. Malah, kehadiran Honda Vezel generasi ketiga ini meningkatkan lagi minat terhadap model ini."

Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda? 04

Ini bukanlah suatu rekayasa. Terdapat peningkatan ruang dalaman pada model Honda HR-V generasi ketiga ini. Tempat duduk belakang kini dialih 30 mm ke belakang dengan kecondongan penyandar tempat duduk belakang ditambah 2 darjah. Adakah kita akan melihat Honda HR-V generasi ketiga ini menjengah di atas jalan raya Malaysia?

Bacaan Lanjut:

Berbaloi 'trade-in' X50 anda? Ini panduan Honda HR-V 2021 serba baharu, mungkin tiba di Malaysia

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda