Sumpahan trio hatchback kecil Proton – Kenapa Tiara, Savvy dan Iriz tak laku?

Sebelum geng Proton datang ‘bantai’ kami di ruangan komen, kami nak bagitahu yang ini bukanlah ruang bagi kami untuk sengaja merendah-rendahkan kemampuan Proton Iriz. Model facelift yang baru saja keluar di pasaran cukup padu pembaharuannya.

Namun, hatchback Proton setakat ini masih belum ada yang betul-betul bagus sehingga boleh merangkul tangga No.1 di Malaysia. Walaupun tawaran pakej hatchback terbaru dari Proton menerima penambahbaikan, adakah ia mencukupi untuk menggulingkan si “King Hatchback” Perodua Myvi?

Tak dinafikan, pemanduan dan pengendalian Iriz jauh lebih bagus daripada Myvi

Hakikatnya, nasib tidak begitu menyebelahi Proton Iriz. Ia sepatutnya menjadi pesaing ketat Perodua Myvi dan walaupun ia menerima segala macam pujian apabila ia dilancarkan pada tahun 2014, kemeriahan sambutan model ini mula padam tak lama selepas itu.

Situasi pasaran menjadi semakin genting bagi Iriz apabila jenama kereta “nasional” kedua itu memperkenalkan Myvi generasi ketiga pada 2017 yang didatangkan dengan kelengkapan ADAS Advanced Safety Assist (A.S.A). Ini menaikkan lagi daya tarikan si pesaing Iriz ini, pembeli pun semakin menjauh dari hatchback Proton itu.

Ini merupakan cubaan ketiga Proton dalam saingan secara langsung dengan jenama P2 tersebut. Walaupun model Iriz facelift ini sebenarnya lebih laris daripada model sebelumnya, ia masih tidak cukup kuat untuk menumbangkan Myvi. Ini membuatkan ramai tertanya-tanya, apakah ‘sumpahan’ yang telah menimpa barisan model hatchback di Proton?

Sumpahan hatchback kecil

Jika dilihat pada sejarah jualan, ‘sumpahan’ hatchback Proton ini sebenarnya hanya ‘tumpah’ pada model hatchback Proton bersaiz kecil. Model-model Aeroback Saga/Iswara dan Wira cukup popular. Begitu juga dengan Satria dan Satria Neo yang ada kumpulan peminatnya yang tersendiri, dan serba sedikit juga melarat ke Gen.2.

Baca juga: Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk

Satu sebab mengapa hatchback kecil Proton sering mencatatkan jualan yang rendah adalah disebabkan oleh Perodua. Lebih tepat, hatchback bersaiz lebih besar hampir tiada atau tiada langsung pesaing yang boleh menandinginya dari segi harga.

Baca juga: Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Di sinilah kita boleh nampak sejauh mana “cukai perlindungan” memberi impak kepada pasaran. Jikalaulah cukai yang memenangkan model dipasang tempatan ini dihapuskan, mungkin kita akan lihat persaingan lebih membina bagi model-model hatchback bersaiz lebih besar dari Proton.

Mana satu jadi pilihan anda jika kedua-dua kereta ini dijual pada harga sama dan baru?

Jika situasinya berbeza dengan sekarang, sebuah Civic EG boleh jadi dijual pada harga lebih hampir dengan Satria.

Dipendekkan cerita, masalah pada Tiara, Savvy, dan Iriz ialah mereka mempunyai pesaing dengan harga lebih kurang sama – dan pesaing ini termasuklah Kancil dan Myvi. Memang cukup mengagumkan yang Myvi boleh menumbangkan dua model berbeza keluaran Proton sekaligus.

Baca juga: Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa?

Klik pada imej untuk versi lebih jelas

Barangkali si Harimau Malaya berharap yang situasi sekarang berbalik ke era awal 2000-an iaitu apabila ia menawan sebahagian besar dari pasaran kereta.

Baca juga: Proton hilang takhta bukan sebab Perodua, tapi sebab budak universiti. Eh?

Dengan keadaan persaingan sebegini rupa, ia membuatkan kita tertanya-tanya; apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh setiap model hatchback kecil keluaran Proton? Kenapa jualannya acapkali tidak memberangsangkan? Kami akan kupas satu persatu mengikut turutan kronologi; bermula dengan Proton Tiara.

Sumpahan Proton Tiara – Terlalu aneh dan unik

Pelancaran Tiara pada 1996 (Kredit: Jabatan Penerangan)

Proton Tiara merupakan model Proton pertama dan satu-satunya yang bukan ‘rebadge’ dari Asia. Tiara yang berdasarkan model Citroen AX ini dibina di kilang DRB-HICOM di Pekan, Pahang bersama-sama kereta lain yang hebat seperti Citroen Xantia dan Proton Putra.

Baca juga: Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung

Jujurnya, Tiara bukanlah kereta yang hebat. Malah, walaupun ia dibina berdasarkan kereta Perancis, ia tiada faktor “joie de vivre” (keterujaan) yang anda jangkakan dari Perancis.

Citroen AX itu sendiri dibangunkan sebagai kereta mampu-milik Eropah. Ia boleh dikatakan sebagai tafsiran moden bagi Citroen 2CV dan Tiara mengekalkan beberapa perincian menarik dari model asasnya (AX).

Ini termasuklah hon yang diletakkan di batang signal dan jam yang diletakkan di posisi tachometer. Warga Malaysia barangkali belum cukup bersedia untuk menerima keunikan seperti ini ketika itu.

Tachometer tak ada, tapi jam besar ada

Sekurang-kurangnya, Tiara lebih berkuasa tinggi berbanding Kancil disebabkan oleh enjin TU1/K 1.1 liter (60 PS) dari Citroen dengan kelajuan kemuncak sehingga 161 km/jam. Enjin ini dipadankan hanya dengan kotak gear manual 5 kelajuan dan ini mungkin juga menjadi salah satu faktor terbesar dalam kegagalannya untuk menarik minat warga bandar yang mahukan kemudahan kereta auto.

Baca juga: Dunia dah tak perlukan kereta manual

Selain dari itu, alat ganti untuk Tiara amat sukat untuk ditemui. Isu paling popular ialah mencari rim ganti kerana yang asal didatangkan dengan 3 lug nut dan bukannya 4 yang standard. Disebabkan oleh prestasi jualan yang sangat rendah, Proton mengambil keputusan untuk menghentikan produksi Tiara pada tahun 2000 setelah empat tahun berada di pasaran.

Sumpahan Proton Savvy – angkara 3 huruf: A, M, T

Secara dalamannya, Proton telah merancang satu pengganti untuk Tiara yang berdasarkan kereta Citroen Saxo. Walaubagaimanapun, projek itu digugurkan dan Proton merancang semula dari awal dengan satu projek baru bagi ‘Tiara Replacement Model’ (TRM) atau pengganti model Tiara.

TRM akhirnya melahirkan Proton Savvy dan ia memaparkan reka bentuk ‘original’ – berbeza dengan Tiara. Dilancarkan 5 tahun selepas pengeluaran Tiara dihentikan, Savvy masih lagi mengekalkan sedikit kejuruteraan Perancis di sebalik rekaan tempatannya.

Proton tiada enjin lebih kecil ketika itu, membuatkan mereka meminta bantuan daripada Renault

Satu-satunya enjin yang tersedia ialah enjin D-type 1.2 liter dengan 4 silinder bersumberkan Renault yang mampu menjana 75 PS dan 105 Nm. Berbeza dengan Tiara, Savvy didatangkan dengan kotak gear tanpa klac, namun ia sebenarnya ialah ‘automated manual transmission' (AMT).

Walaupun kotak gear manual 5 kelajuan itu yang digabungkan dengan ‘ride and handling’ dibangunkan Lotus telah membuatkan pakej keseluruhan Savvy jadi menarik, kebanyakan warga Malaysia tidak begitu peduli tentang kelajuan. Apa yang mereka mahukan dalam sebuah hatchback kecil ialah praktikaliti dan mudah untuk dijaga.

Kotak gear AMT tidak begitu lancar untuk pemanduan. Tambahan pula, langkah memperkenalkan teknologi baru kepada orang Malaysia ada kalanya menjadi, ada kalanya tidak – dan AMT Proton jadi isu bagi kebanyakan pembeli. Ramai pemilik yang mengadu tentang kepayahan dalam menukar gear dan kotak gearnya juga dikatakan tidak lancar.

Renault Twingo ditunjukkan, dikuasakan oleh enjin 1.2 liter serupa dengan Savvy dan juga dipadankan dengan kotak gear automatik konvensional 3 kelajuan

Barangkali disebabkan oleh perjanjian yang termeterai antara Proton dan Renault, Savvy terpaksa dipadatkan dengan kotak gear teruk yang teruk ini. Walau bagaimanapun, perkara yang sama tidak dialami dalam beberapa model Renault yang menggunakan enjin sama dan dipadankan dengan kotak gear automatik konvensional.

Selain daripada kotak gear yang bermasalah, satu lagi masalah kerap didengar tentang Savvy ialah ketidakbolehannya untuk dihidupkan – selalunya disebabkan oleh penderia ‘flywheel’ yang longgar.

Hakikatnya, Savvy dibangunkan ketika zaman Proton sering menerima aduan isu kualiti pada sebahagian besar barisan produknya.

Oleh itu, kebanyakan pembeli berpaling tadah dan sebaliknya memilih Myvi yang terkenal dengan reputasi tahan lamanya. Ini titik permulaan dimana Perodua mula menjadi jenama paling laris di Malaysia.

Tanpa daya mencukupi untuk mengejar angka jualan Myvi dan walaupun ada cubaan untuk menarik pembeli dengan lebih banyak tawaran asas seperti Savvy Lite, Proton akur yang usahanya sia-sia lalu menghentikan jualan Savvy pada tahun 2011.

Sumpahan Proton Iriz – Masalahnya bukan pada CVT

Betul-betul sebelum Proton menggugurkan Savvy, jenama Harimau Malaya itu yakin bahawa cubaan kali ketiganya akan menjadi dalam usaha untuk menggulingkan Perodua dari takhtanya. Maka, ia menayangkan Proton EMAS, direka oleh Giugiaro, di Geneva Motor Show 2010 dan ia dipreviu sebagai “phoenix” bagi Proton.

Baca juga: Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan?

Proton Iriz dilancarkan pada tahun 2014 dan jika dilihat sekilas pandang, anda boleh rasakan yang Proton akhirnya belajar dari kesilapan. Tiada lagi perkara aneh seperti pengehon diletakkan di tempat lain selain daripada stereng dan tiada lagi kotak-kotak gear yang pelik. Ia merupakan satu pembalasan yang cukup elok bagi ‘King’ hatchback kita.

Satu-satunya jenis kotak gear yang boleh didapati sekarang

Jika dibandingkan dengan model-model sebelumnya, Iriz secara jujurnya ialah hatchback yang jauh lebih baik. Isu-isu kualiti yang membelenggu jualan Savvy perlahan-lahan hilang dan ia menjadi sebuah kereta yang seronok untuk dipandu. Walaupun CVT automatiknya seringkali dicemuh, ia masih lagi jauh lebih bagus daripada kotak gear AMT.

Baca juga: Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk?

Naiktaraf pertama dikeluarkan pada tahun 2019

Namun, walaupun ia sudah cukup praktikal, Iriz masih lagi gagal mengejar angka jualan Myvi. Dalam dua naiktaraf yang diberi kepada Iriz, Myvi generasi ketiga tidak banyak berubah dari berbagai aspek – termasuklah posisinya sebagai ‘King Hatchback’.

Baca juga: Baru vs Lama – Proton Iriz facelift 2022, perubahan ketara, dah boleh tapau Myvi?

Terdapat beberapa sebab mengapa Iriz masih gagal menyaingi Myvi. Namun, salah satu sebab terbesarnya ialah bebanan kebolehpercayaan angkara model-model sebelumnya. Myvi, dari dulu hingga sekarang, tak ada masalah dan cacat cela ketara manakala bagi Proton pula, isu kualiti masih membelenggu syarikat itu walaupun mereka sudah semakin meningkat baik sejak kebelakangan ini.

Myvi menang bab praktikaliti, dan inilah sebabnya ia ‘King’

Tambahan pula, Myvi lebih luas, praktikal, dan cekap minyak berbanding Iriz. Ciri-ciri ini melangkaui prestasi dan pengendalian yang menjadi kualiti terbaik dalam Iriz. Oleh itu, lebih ramai warga Malaysia lebih sanggup membeli kereta yang mudah dijaga daripada kereta yang memuaskan dari segi pemanduan.

Ketiadaan ADAS di dalam Iriz menjadi satu lagi titik lemah bagi model ini. Namun, sebenarnya Iriz memang kalah bab praktikaliti dengan Myvi.

Baca juga: Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift?

Tak hairan lagi, ada Myvi yang digunakan untuk berniaga di pasar malam, dijadikan kafe bergerak, kereta ‘camper’ dan macam-macam lagi disebabkan oleh tahap praktikalitinya yang tinggi serta kebolehtahanan yang dipercayai.

Iriz mungkin lebih murah untuk dibeli berbanding Myvi dan naiktaraf terkininya merangkumi varian lebih tinggi dipanggil Iriz Active, ditambah lagi dengan ruang dalaman yang lebih moden. Namun, kami rasa walaupun Iriz ditambah dengan bermacam-macam perincian ‘fancy’, pembeli masih akan cenderung ke arah Myvi.

Baca juga: Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k!

A.S.A 2.0 Perodua ditunjukkan

Iriz sememangnya tiada ADAS seperti Myvi. Ya, Iriz menerima keputusan 5 bintang penuh dari ASEAN NCAP, namun penskoran ini adalah berdasarkan metodologi 2017-20 yang lama. Metodologi 2021-25 yang lebih baru perlu ada ADAS bagi melayakkan sesebuah model untuk menerima penilaian 5 bintang.

Baca juga: Proton Iriz dan Persona 2021 mendapat penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, dilengkapi ciri ADAS?

Barangkali bukan sumpahan yang menimpa trio Proton dalam kategori hatchback ‘entry level’; sebaliknya ia disebabkan oleh campuran keputusan kurang bijak dan juga isu-isu kewangan yang dihadapi ketika pembangunan ketiga-tiga hatchback ini. Walaupun mereka sudah menyempurnakan resipi kejayaan mereka dengan setiap generasi yang dikeluarkan, secara ringkasnya Proton tidak dapat menyaingi tahap tawaran yang disediakan oleh Perodua.

Baca juga: Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Iriz

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Helping a Viewer to Find His Perfect Car, 2022 Proton Iriz Active

2021 Proton Saga & Iriz R3 Limited Edition in Malaysia, Last Hurrah Before Facelift?

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

2020 Proton Iriz 1.6 Premium CVT Review, Great Confidence on the Highway!

2020 Geely Binyue Pro 1.4L Turbo, Coming to Malaysia for Proton X50, Iriz R3 & Persona? | WapCar

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton Iriz
Cek Lebih