window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dunia dah tak perlukan kereta manual

Mersita · Aug 3, 2020 10:00 AM

Dunia dah tak perlukan kereta manual 01

Mati enjin, pacuan atas bukit yang menggerunkan, dan penukaran gear yang tersekat-sekat adalah antara pengalaman yang anda barangkali pernah alami ketika hendak mengambil lesen memandu. Jika anda mengambil lesen memandu sebelum tahun 2014, anda tiada pilihan lain selain daripada diuji dengan kereta manual. Kereta ujian anda mungkin tak ada stereng berkuasa pun.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 02

Kereta ujian sekolah memandu kini mempunyai stereng berkuasa

Hari ini, lesen memandu Malaysia boleh didapati samada untuk kereta manual atau automatik. Untuk mereka yang gemar memandu, mereka sering mengatakan yang memandu kereta manual bermaksud anda 'lagi terer'. Tapi, pembuat kereta sebenarnya mengambil langkah bijak dalam perniagaan mereka dengan mengeluarkan pedal klac dari kereta, meninggalkan hanya dua. Saya simpati bagi mereka yang setuju dan tak setuju akan hal ini. Saya suka keputusan perniagaan yang bijak, tapi saya juga pernah membeli kereta manual untuk suka-suka.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 03

Sebenarnya, kita dah tak perlukan transmisi manual. Teknologi bergerak pantas dan sentiasa berkembang. Kita telah pergi jauh dari zaman kereta lembu tak beratap, pengedar mekanikal dan karburator. Mungkin inilah juga masanya untuk kita arkibkan manual standard.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun ada yang mendebatkan yang manual standard akan kekal selamanya, kami ada beberapa sebab yang bagus untuk menjawab persoalan mengapa dunia dah tak perlukan transmisi ini.

1. Kereta spesifikasi rendah telah jadi automatik

Dunia dah tak perlukan kereta manual 01

Kereta manual memang murah, tiada siapa yang nafikan. Walaupun anda pergi ke luar negara, kereta manual lebih murah kadar sewanya berbanding kereta automatik. Harga yang rendah ini bukanlah kerana kos pembuatan yang murah, tapi ia menjurus kepada permintaan yang lebih rendah.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 02

Jika anda tak mahu kotak gear automatik dalam Axia, anda juga tak dapat radio dan ABS

Walaupun lebih murah, pilihan untuk kereta manual serba-baru semakin lama semakin berkurangan. Kereta spesifikasi rendah yang “lengkap” di Malaysia adalah Axia spesifikasi G. Ia dijual hanya dalam varian automatik. Anda boleh dapatkan spesifikasi E, tapi ada banyak benda lagi yang tak ada selain daripada kotak gear auto. Jika sebuah kereta dibina semata-mata untuk transmisi auto, secara efektifnya ia akan lebih murah untuk dihasilkan berbanding kereta transmisi manual.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 03

Honda Civic Turbo 1.0, manual 6 kelajuan. Anda nak beli?

Transmisi manual selalunya didatangkan dalam varian spesifikasi rendah, seperti Proton Iriz 1.3 liter dan Honda Civic Turbo 1.0 (UK dan China). Kereta biasa seperti Proton X70, Honda City, Toyota Vios, dan Nissan Almera kini hanya dijual dengan transmisi auto. Anda takkan dapat kepraktisan yang ditawarkan oleh kereta-kereta ini jika anda memang nak cari kereta baru tapi dengan transmisi manual.

2. Prestasi tinggi kini automatik

Dunia dah tak perlukan kereta manual 04

Kereta Ferrari dah tak guna transmisi manual standard. Sama juga seperti kereta TMJ iaitu Nissan GTR R35.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 05

Penggunaan automatik dwi-klac juga telah melarat ke kereta berprestasi yang lebih kecil seperti VW Golf GTI, Renault Megane RS dan BMW M2.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 06

Walaupun Porsche terpaksa menghasilkan kereta 911 manual untuk ‘Porsche purists’ (997 911 GT3 RS), kebanyakan kereta berprestasi Porsche menggunakan transmisi automatik dwi-klac Porsche yang dipanggil PDK. GT3 RS yang seterusnya berdasarkan 991 menggunakan automatik dwi-klac kerana kelajuan terus adalah objektif utama mereka.

Manual standard memang lebih seronok dipandu, tapi jika prestasi sebenar yang anda mahukan, automatik dwi-klac boleh mencapainya dengan lebih baik.

3. Aplikasi lasak kini telah automatik (atau diautomasikan)

Dunia dah tak perlukan kereta manual 07

Jika anda ingat memandu kenderaan komersial bersaiz besar bermaksud ia menggunakan pengalih gear spesifikasi ‘fast-and-furious’, jangkaan anda salah. Trak besar moden mempunyai kotak gear yang lebih rumit, tapi ia adalah transmisi ‘split gear’ yang diautomasikan. Trak besar juga menggunakan gear automatik planetari (Allison 4500 R), tapi jumlah nisbah gear yang boleh dicapai lebih rendah.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 08

Malah, kenderaan komersial yang lebih kecil seperti van dan trak kecil juga boleh didapati dengan transmisi automatik. Walaupun dahulu kita ingat transmisi auto tidak sesuai untuk aplikasi komersial, nampaknya ia berfungsi seperti biasa.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 09

Kotak gear manual itu sendiri menawarkan kebaikan daripada rekaan kompak berbanding gear automatik planetari. Anda boleh dapatkan lebih nisbah gear daripada kotak gear manual berbanding kotak gear auto planetari yang sama saiz. Ini memang tak dinafikan. Inilah sebabnya mengapa pembuat trak masih menggunakan rekaan kotak gear manual. Ia cuma diautomasikan untuk memberi peralihan gear yang lebih konsisten dan jimat minyak.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 10

Di dalam Mercedes Actros. Tiada pengalih gear ‘fast-and-furious’ di sini.

4. Matlamat akhir adalah pemanduan berautonomi

Dunia dah tak perlukan kereta manual 11

Pemanduan berautonomi boleh dilakukan pada kereta elektrik dan ICE. Untuk mencapai pemanduan berautonomi, kawalan kereta mestilah elektronik. Inilah sebabnya mengapa brek parkir kini sudah elektronik. Inilah sebabnya mengapa pengalih gear kini sudah elektronik. Inilah sebabnya juga mengapa pedal pemacu sudah jadi elektronik. Dah faham kan?

Dunia dah tak perlukan kereta manual 12

Langkah menuju ke masa hadapan berautonomi.

Sebuah pengalih manual/’manual shifter’ memang mekanikal. Ia bukan elektronik. Inilah sebabnya kenapa ia perlu dihentikan secara berperingkat. Malah, pengalih gear automatik standard dan ‘indicator stalk’ akan perlu digantikan dengan versi elektronik. Jika pemanduan berautonomi matlamat kita, kereta haruslah dibuat dengan kawalan elektronik sepenuhnya.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 13

Kamera pandang sisi di dalam Audi e-tron

‘Input’ pemanduan seperti data visual dan aural juga harus didigitalkan. Inilah sebabnya mengapa kamera dan radar telah menjadi semakin kerap ditemui pada kereta harian biasa. Mengeluarkan standard manual hanyalah salah satu langkah pertama. Masa depan pemanduan kenderaan ialah berautonomi dan elektrik.

Dunia dah tak perlukan kereta manual 14

Kesimpulannya, transmisi manual standard tidak lagi menawarkan kelebihan-kelebihan yang sama apabila transmisi automatik masih lagi belum dibangunkan sepenuhnya suatu ketika dahulu. Ya, menukar-nukar gear memang menyeronokkan, tapi ia tidak praktikal. Ia mungkin sesuatu yang dicari-cari oleh sesetengah orang, tapi ia bukanlah satu keperluan – ia lebih kepada kehendak. Jika “selamatkan kereta manual” adalah misi hidup anda, silakan beli kereta manual, tiada siapa yang melarang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda