Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu?

  • Hyundai Palisade nampak gah dengan harganya
  • Mazda CX-9 adalah pilihan yang lebih selamat tetapi dah sedikit tua
  • Yang mana anda pilih?

Baru-baru ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) telah melancarkan SUV terbesar mereka iaitu Hyundai Palisade 2022. Rupa parasnya yang bagak turut dikejutkan dengan harga yang bermula setinggi RM 328,888.

Tetapi apa yang tidak mengejutkan ialah ramai yang membandingkannya dengan Mazda CX-9 memandangkan saiz kedua-dua SUV mewah ini hampir serupa. Apapun, harga Mazda CX-9 bermula pada RM 319,847, kiranya RM 9,000 lebih murah daripada Hyundai Palisade.

Palisade spec paling bawah yang berharga RM 329k mempunyai 8 tempat duduk. Untuk versi 7 tempat duduk, ia berharga RM 348,888 dan ini lagi mahal daripada CX-9 varian teratas AWD yang bermula pada RM 336,215.

Lain macam kan Hyundai kali ini? Jadi, apa kata kita bandingkan di antara mereka berdua.

Yang mana lagi laju?

Dari segi trenkuasa, Palisade datang dengan pilihan enjin 2.2L turbodiesel CRDi (200 PS, 440 Nm) atau enjin 3.8L NA V6 Lambda II (295 PS, 355 Nm). Kedua-dua sumber kuasa dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

CX-9 pula hadir dengan pilihan enjin 2.5L turbo SkyActiv-G (230 PS, 420 Nm). Transmisi yang digunakan adalah automatik 6 kelajuan.

Varian teratas buat CX-9 pula berpacuan semua tetapi Palisade hanya ditawarkan dengan pacuan roda depan.

Apapun, Palisade lebih berpestasi tinggi kerana enjinnya lebih besar.

Yang mana lagi lawa?

Rupa adalah sesuatu yang subjektif dan kami sendiri sebenarnya lebih berkenan dengan reka bentuk Palisade. Ia lebih unik untuk dilihat dan nampak macam sebuah SUV Amerika.

Gril yang besar, bahagian belakang yang nampak gah dan bentuk yang kebal sudah nampak ala Cadillac atau GMC.

Juga baca27 foto mengapa Hyundai Palisade 2022 ialah Cadillac dengan interior yang lagi cun daripada BMW

Mengenai CX-9 pula, ia nampak terlalu sama dengan adik beradiknya. Kami sememangnya gemar dengan reka bentuk Mazda tetapi kalau terlalu serupa, mana uniknya? Betul tak?

Lagi satu, boleh dikatakan bahawa CX-9 adalah sebuah CX-8 yang kurang satu tempat duduk tetapi dengan harga yang jauh lebih mahal.

Kabin yang mana lagi memukau?

Kabin Hyundai Palisade.

Untuk RM 300k, kedua-dua SUV menawarkan kabin yang cukup menakjubkan. Namun untuk Hyundai Palisade, pembeli boleh memilih tema warna mengikut citarasa masing-masing.

Kalau merah bukan citarasa anda, kabin Palisade boleh dipilih dengan warna space grey (atas) atau hitam (bawah).

Mengenai CX-9, baru-baru ini terdapat penawaran Ignite Edition yang mana ia hadir dengan kemasan kulit berwarna merah. Palisade pula datang dengan pilihan bahagian dalam hitam penuh atau warna kelabu cerah berkulit Nappa. Bagi mereka yang betul-betul teringin, tempat duduk berwarna merah juga ada.

Juga bacaMazda CX-9 2021 dinaiktaraf – Harga dari RM 319,000, tambah Apple CarPlay

Dari segi bahan binaan, kedua-dua SUV ini betul-betul sengit.

Walaupun bagi kami Palisade ada eksterior yang lagi menakjubkan, bahagian dalam tetap kami berikan pada CX-9 kerana ia lebih minimalis dan nampak cukup kemas.

Pemilih gear jenis elektronik yang ada pada Palisade mungkin nampak lebih moden tetapi kebanyakan pembeli SUV di kelas ini kebiasaannya mengidamkan sesuatu yang simplistik. Jadi, kami berikan pemenangnya kepada Mazda CX-9.

Yang mana ada ciri lagi banyak?

Kedua-dua SUV ini ada ciri yang cukup menyeluruh. Menariknya, walaupun kedua-dua saingan boleh memuatkan 7 penumpang, susunan tempat duduk yang diletakkan sebenarnya agak berbeza.

Baris kedua.

Baris ketiga.

Palisade datang dengan format tempat duduk 2-2-3 manakala CX-9 hadir dengan 2-3-2. Bezanya, Palisade menggunakan kerusi baris kedua jenis kapten.

Selain itu, Palisade hadir dengan bumbung suria kembar yang mana ia untuk baris pertama dan kedua. CX-9 pula ada untuk bahagian tempat duduk depan sahaja.

Apapun, CX-9 tetap menampilkan ciri yang lagi hebat. Antaranya seperti infotainment 9 inci berbanding 8 inci dan sistem audio Bose 12 pembesar suara berbanding 6 pada Palisade.

Kamera 360-darjah pada Mazda CX-9.

Yang tak boleh tahannya, Palisade tidak datang langsung dengan ciri kamera 360-darjah. Untuk SUV yang panjangnya hampir 5 meter, ketiadaan ciri ini akan menyukarkan pemandu untuk mengendalikan kenderaan.

Yang mana ada sistem keselamatan yang lebih menyeluruh?

Kedua-dua SUV dilengkapkan standard dengan 6 beg udara, ABS, kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman.

Antara butang dalam kabin Palisade, perasan tak EPB ada di belah kiri?

Dari segi sistem bantuan keselamatan autonomi ADAS, Palisade varian petrol Luxe 7 hadir dengan Hyundai SmartSense yang merangkumi ciri kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan kekal dalam lorong, lampu tinggi adaptif dan bermacam-macam lagi.

Butang dalam kabin Mazda CX-9.

Sebagai perbandingan, Mazda i-Activsense, iaitu sistem ADAS yang sama didatangkan standard pada CX-9.

Dengan kelengkapan yang cukup mengagumkan buat kedua-dua jentera ini, saingan di antara mereka sebenarnya cukup sengit. Tetapi kalau harga menjadi faktor penentu, tiada masalah untuk anda membeli Mazda CX-9.

Tetapi kalau anda betul-betul mahu menyerlah dalam khalayak ramai, ataupun hendak nampak macam hero ala drama Korea, tidak perlu pening kepala dan beli terus Hyundai Palisade.

Juga bacaHyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Hyundai Palisade

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Hyundai Palisade
Cek Lebih