window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'!

Faisal · Jul 18, 2021 06:00 PM

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 01

Untuk kebanyakan orang, menyentuh komponen kereta boleh jadi menakutkan, terutama buat mereka yang tidak pernah membuka bonet depan.

Tetapi selain menjimatkan kos, ‘buat sendiri’ adalah satu benda yang cukup memuaskan. Malah untuk melakukannya, anda tidak perlu menjadi mekanik pun.

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nak tahu apa dia? Mari kami perincikan 5 kerja mudah yang anda boleh buat sendiri pada kereta anda tanpa perlu mencari kedai untuk selesaikannya.

1. Penapis udara enjin

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 01

Penapis udara yang kotor boleh menjejaskan prestasi dan penjimatan minyak. Jadi, ia perlulah dibersih dan diganti mengikut jadual.

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 02

Anda cuma perlu buka beberapa klip dan ganti penapis tersebut dengan unit yang baru. Kemudian, tutup semula klip yang dibuka tadi. Mudah kan?

2. Penapis kabin

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 03

Satu lagi penapis udara yang anda boleh tukar sendiri ialah penapis kabin. Penapis yang sudah tersumbat boleh membebankan sistem penyaman udara kereta anda. Secara tidak langsung, kabin tidak dapat disejukkan secara berkesan.

Penapis kabin untuk kebanyakan kereta terletak di belakang bahagian ‘glove box’. Setelah anda jumpa lokasi perumah penapis tersebut, keluarkan penutupnya dan gantikan penapis lama dengan yang baru.

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 04

Tetapi kenal pasti arahan aliran udaranya dahulu supaya anda tidak memasangnya secara terbalik. Selepas itu, pasang penutupnya semula dan selesai.

Apapun, perlu dimaklumkan bahawa harga penapis kabin cukup murah. Kebanyakan kereta datang dengan jenis yang hanya boleh digunakan untuk sekali sahaja. Jadi, harus diingatkan bahawa anda TIDAK BOLEH bersihkan dan gunakannya untuk kali kedua.

3. Mentol lampu

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 05

Untuk akses ke lampu depan, buka bonet enjin dan pulaskan soket yang ada pada perumah lampu tersebut.

Untuk lampu belakang pula, anda perlu tanggalkan beberapa panel dari bahagian but ataupun cabut keseluruhan perumah lampu tersebut.

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 06

Tetapi harus diingatkan bahawa gris atau minyak yang melekat pada jari anda boleh kurangkan jangka hayat sesebuah mentol. Untuk itu, gunakan sarung tangan atau tisu kertas sewaktu pegang mentol baru nanti.

Untuk cari mentol yang sesuai, anda boleh rujuk buku panduan kereta tersebut. Apapun, ia sepatutnya tertera pada mentol yang asal.

4. BIlah pengelap cermin

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 07

Pengelap cermin kereta yang sudah berbunyi ataupun macam tersekat-sekat menandakan bahawa ia perlu diganti. Anda ada pilihan untuk gunakan pengelap jenis getah ataupun silikon (lagi mahal tapi tahan lebih lama).

Dua perkara yang anda perlu teliti ialah panjang bilah pengelap tersebut dan jenis cangkuk atau pengikat yang digunakan.

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 08

Jenis cangkuk atau pengikat yang diguna pada pengelap cermin kereta.

5. Membersih kereta

5 benda mudah yang anda boleh 'DIY' - jimat duit, takyah hantar 'workshop'! 09

Dengan beberapa pencuci yang sesuai, anda boleh buatkan kereta nampak baru dan segar terus. Lihat video di bawah untuk panduan satu per satu.

Anda juga boleh bersihkan dan gilapkan bahagian dalam.

Jadi, inilah 5 benda yang anda boleh buat sendiri pada kereta anda tanpa perlu mencari kedai untuk selesaikannya. Kos pun boleh jimat banyak. Tak percaya? Cuba try!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda