window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton bantu DRB-Hicom catat keuntungan semula, fasa pemulihan dalam landasan

Haris ยท Aug 26, 2022 11:59 AM

Proton bantu DRB-Hicom catat keuntungan semula, fasa pemulihan dalam landasan 01

DRB-Hicom Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 dengan pendapatan bersih RM169.56 juta berbanding kerugian bersih RM217.50 juta pada tahun sebelumnya.

Menurut laporan Bernama, jumlah perolehan juga meningkat kepada RM3.55 bilion pada suku kedua berbanding RM2.62 bilion tahun ke tahun, didorong oleh jualan yang lebih tinggi di pembuat kereta domestik Proton, yang bekerja keras memenuhi permintaan pelanggannya.

Bagi enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2022, konglomerat itu melaporkan keuntungan bersih RM143.82 juta selepas menerima perolehan yang lebih tinggi, RM6.62 bilion berbanding RM6.13 bilion sebelum ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton bantu DRB-Hicom catat keuntungan semula, fasa pemulihan dalam landasan 01

Bukan itu sahaja, Proton X50 pula telah mencatat rekod jumlah jualan bulanan baharu dan merangkul gelaran kenderaan terlaris di Malaysia bagi bulan Julai 2022.

Pencapaian ini memastikan Proton mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen SUV yang sedang dipertandingkan dengan hangat dan ia juga kali pertama kenderaan sedemikian telah mendahului pasaran keseluruhan dalam jumlah jualan.

Proton bantu DRB-Hicom catat keuntungan semula, fasa pemulihan dalam landasan 02

Sebanyak 71,601 unit kenderaan telah dijual oleh Proton setakat Julai 2022 dengan Proton Saga mencatatkan jumlah tertinggi dengan 28,005 unit diikuti Proton X50 (20,745 unit) seterusnya Proton X70 (10,860 unit).

Selain itu, Proton juga telah mengenalkan 3 model baharu dalam pasaran untuk tahun 2022 iaitu Proton X70 facelift, Proton Exora facelift dan paling terkini, Proton Saga Standard Lite yang diumumkan semalam.

Berikutan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah berakhir pada 30 Jun, 2022, DRB Hicom mendakwa bahawa Proton kini sedang mensasarkan untuk menghantar lebih 90,000 unit tempahan sedia ada menjelang suku pertama 2023.

Baca: Proton Saga 2022 Standard Lite diperkenal - varian baru pada RM 38k, dituju untuk e-hailing & teksi

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda