Seperti yang sedia maklum, Proton mengekspot kenderaan mereka ke beberapa negara Asean, termasuklah Bangladesh. Pengedar rasmi PROTON di Bangladesh, PHP Automobiles Limited, telah memperkenalkan Proton X70 di sana. 100 unit pertama SUV tersebut diimpot (CBU) dari Malaysia, manakala yang selebihnya dipasang tempatan di fasiliti PHP di Chittagong.
Perbezaan antara X70 Malaysia dan Bangladesh adalah enjinnya. Unit Proton X70 yang dijual di pasaran Bangladesh dipadatkan dengan enjin petrol 3 silinder berpengecas turbo 1.5 liter yang boleh menjana 177 PS kuasa kuda (pada 5,500 rpm) dan 255 Nm tork (1,500 rpm – 4,000 rpm). Enjin yang kecil sedikit ini sama dengan enjin Proton X50 yang akan datang di Malaysia tak lama lagi.
Di Malaysia, Proton X70 kita dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 1.8 liter yang boleh menjana 184 PS dan 300 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7 kelajuan yang memacu tayar hadapan atau semua tayar bergantung kepada variannya.
Dari segi kelengkapannya, Proton X70 versi Bangladesh lebih kurang sama dengan spesifikasi Malaysia, termasuklah sistem arahan suara “Hi Proton”, sambungan internet 4G dibina-dalam, dan juga kelengkapan ADAS.
Harga Proton X70 di Bangladesh bermula dari BDT 3,798,000 (~RM 186k) bagi varian asas X70 Standard 2WD, manakala BDT 4,198,000 (~RM 206k) bagi varian Premium 2WD.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}