Kenapa Mazda 3 jauh lebih mahal daripada Honda Civic/Toyota Corolla Altis?

Hakikatnya, kita takkan dapat bandingkan Mazda 3 dengan pesaingnya walau dalam segmen yang sama. Harga Mazda 3 sekurang-kurangnya RM 20,000 lebih mahal daripada Honda Civic atau Toyota Corolla Altis yang tampak lebih kurang sama. Seperti tiada logik dalam pembelian Mazda 3 bagi kebanyakan orang.

Pemenang Le Mans 24 Hours (1991), pasukan Asia pertama yang menang Le Mans. Perancis kemudiannya mengharamkan enjin rotary daripada bertanding

Enjin rotary (Wankel) yang asli datangnya dari Jerman, tapi mereka pun sudah serik untuk membangunkannya. Mazda kekal dengan pendiriannya untuk memperbaiki sistem enjin rotary dan menggunakannya dalam perlumbaan 24 jam yang paling sukar di dunia. Mereka menang.

Berbalik pada soalan. Kenapa Mazda 3 mahal sangat?

1. Ia diimpot dari Jepun

Jawapan paling ketara ialah kerana Mazda 3 kini diimpot CBU dari kilang Hofu Mazda di Jepun. Model CKD sebelum ini dipasang tempatan di kilang Mazda Malaysia di Kulim.

Ini jelas menunjukkan sebab kenaikan harga Mazda 3 berbanding generasi sebelumnya; RM 108,994 – RM 126,468, ke harga terkininya iaitu RM 139,620 – RM 160,059.

Memandangkan ia model impot, ia terpaksa membayar cukai duti eksais maksima. Kereta dipasang tempatan diberi rebat cukai eksais berdasarkan nilai keseluruhan bahan bersumberkan tempatan yang digunakan.

2. Nilai pertukangan

Tiada yang boleh membina kereta seperti Mazda. Bukan Audi, bukan Mercedes-Benz, dan semestinya bukan BMW.

Apa sebenarnya arah tuju rekaan jenama Bavaria ini? Setakat main saiz gril dan bahagian belakang campuran Hyundai/Kia?

Sebab mengapa tiada jenama lain yang boleh membina kereta seperti Mazda ialah kerana banyak pembuat kereta semakin terlalu bergantung kepada alat rekaan digital. Lama kelamaan, mereka semakin hilang seni dalam penghasilan bentuk yang rumit dengan lukisan tangan. Rekaan komputer mana boleh disamakan dengan lukisan tangan, ia ada hadnya.

Bagi Mazda, sebuah kereta ialah satu ukiran dan anda takkan dapat menghasilkan ukiran yang bagus jika anda bergantung kepada komputer tanpa skil asas dalam penghasilan bentuk yang rumit dengan tangan.

Masalah alatan digital ialah anda takkan dapat meniru bagaimana badan kereta memantulkan cahaya semulajadi – cara paling ideal untuk melihat sebuah kereta. Ya, semua pembuat kereta masih akan menghasilkan model replika saiz sebenar model tersebut – sesuatu yang sangat mahal untuk dibina dan juga memakan masa – untuk memperhalusi rekaannya. Tapi, perbezaannya di sini ialah ia cuma langkah terakhir dalam proses penghasilan kereta bagi jenama lain. Mazda hasilkan replika ini pada setiap tahap pembangunan model barunya.

Tekanan pasaran dan persaingan yang amat sengit juga bermaksud yang tak banyak pembuat kereta sanggup menunggu pakar model tanah liat untuk membetulkan lengkungan badan kereta hingga sempurna, mahupun memberi masa kepada jurutera penghasilan untuk memikirkan cara untuk menghasilkan panel yang rumit secara besar-besaran.

Kemasan cat Soul Red yang cukup rumit untuk dihasilkan juga diberi perhatian. Beri perhatian pada pantulan cahaya di badan kereta dalam video di bawah:

Semua ini bermaksud yang Mazda 3 tampak lebih cantik apabila ia bergerak. Lain kali, jika anda nampak Mazda 3 dipandu di lebuhraya, cuba lihat pantulan cahaya semulajadi pada badan keretanya. Anda takkan dapat cari kereta lain yang menggunakan panel besi untuk melengkungkan dan menggerakkan cahaya dan bayang-bayang seperti Mazda 3.

3. Direka sekitar badan manusia.

Walaupun slogan ‘Designed Around You’ digunakan oleh Volvo Cars, tapi ia sebenarnya adalah falsafah Mazda – tapi dengan lebih tumpuan pada pemandunya.

Di sebelah kiri ialah posisi tempat duduk yang biasa digunakan dalam banyak kereta. Tapi, disebabkan oleh kebiasaan kita, kita dah tak perasan.

Di dalam Mazda 3, anda akan dapat duduk dengan hampir sempurna. Kaki anda boleh diregangkan dengan seimbang. Aspek ini jarang sekali ditemui dalam kereta lain kerana ada banyak komponen mekanikal yang diletakkan di belakang papan pemuka dan badan enjin.

Perkara paling penting bagi seorang pemandu bukannya kuasa kuda kereta, tapi posisi tempat duduknya.

Terpaksa duduk dalam posisi yang senget sedikit adalah kompromi biasa yang wujud walaupun dalam model kereta premium Jerman yang paling mahal. Malah, posisi tempat duduk sebegini lebih ketara dalam model Jerman kerana kereta-kereta ini dioptimasikan untuk pemanduan sebelah kiri.

Sebelum mereka tempat duduk serta kawalan chassis GVC Plus, jurutera Mazda belajar tentang asas sains medik dan bio-kinematik untuk memahami bagaimana badan manusia mengekalkan keseimbangannya.

Sebab kenapa kereta Mazda rasa cukup selesa untuk dipandu; chassisnya direka untuk memberi perhatian kepada pergerakan sekitar pelvis anda, serupa dengan cara kita berjalan kaki.

Pergerakan manusia yang paling asas ialah apabila kita berjalan. Kita tak perasan sebab ia adalah proses bawah-sedar, tapi badan dan otak kita memproses pelbagai perkara untuk mengekalkan badan kita tegak semasa berjalan kaki.

Jurutera Mazda belajar tentang hubungan antara pergerakan pelvis kita dengan bahagian atas badan kita, dan juga postur semulajadi badan manusia dalam keadaan tanpa graviti. Mereka aplikasikan semua ilmu ini dalam rekaan kereta mereka.

Semua ini diaplikasikan dalam chassis SkyActiv dan perincian GVC Plus. Penjelasan tentang cara ia berfungsi agak rumit dan panjang-lebar, mungkin kami akan bincangkan dalam entri lain nanti. Secara ringkasnya, perincian ini mempunyai konsep yang sama dengan cara badan manusia diseimbangi ketika kita berjalan.

Walaupun kita kurang faham bagaimana ia berfungsi, tapi anda pasti akan rasa perbezaannya apabila anda bertukar ke Mazda.

4. Direka sekitar mata anda

Sekilas pandang, panel instrument yang tampak analog dalam kereta Mazda (bahagian tengah sebenarnya digital, dipaparkan dengan skrin digital yang amat realistik) serta kawalan lain yang tampak biasa mungkin tidak setaraf model Jerman yang lebih mewah. Tapi, ada sebab disebaliknya.

Dail tengahnya sebenarnya digital, tapi ia tampak cukup realistik.

Mazda berpendapat yang kebanyakan pembuat kereta mempunyai tanggapan yang silap dan terlalu mengikut trend yang segala-galanya perlu dibuat digital dan skrin sentuh.

Kajian Mazda sendiri tentang sains kognitif telah menunjukkan yang kebanyakan kereta masa kini mempunyai alat kawalan yang terlalu mengganggu perhatian. Bahagian dalaman Mazda 3 secara sengajanya dibuat sebegitu, kerana susun-atur tersebut adalah yang terbaik bagi koordinasi tangan-mata kita yang mengurangkan keletihan. Ia seimbang dengan cara otak kita memproses maklumat visual.

Malah, LED putih di dalam kabinnya dibangunkan untuk memenuhi tetapan Mazda. Tiada yang menghasilkan LED dengan ‘chromaticity’ yang memenuhi tetapan Mazda – 70 peratus lebih tegar berbanding pengilang lain.

Mazda tak hasilkan LED ini sendiri, tapi ada pembekal yang menghasilkannya secara eksklusif untuk Mazda. Pembuat kereta lain rasa ia terlalu mahal, oleh itu ia memang amat jarang ditemui.

Kenapa mereka bersusah-payah? Ini kerana warna putih amat sesuai untuk instrumentasi - mata kita paling bagus dalam mengesan kontra hitam-putih.

Pereka di Mazda berkata, “Kami tak bersusah payah untuk membuat rekaan yang terbaik hanya untuk ia dijejaskan dengan pencahayaan putih yang tidak konsisten, yang memberi kesan kepada cara pengguna melihat warna tersebut dan material lain di dalam kabin.”

5. Direka sekitar telinga anda

Mazda juga mengkaji telinga manusia dan bagaimana otak kita memproses rangsangan pendengaran. Telinga manusia lebih sensitif dengan julat frekuensi yang tertentu dan kita tak dengar semua jenis bunyi dengan cara yang sama.

Tahukah anda yang bunyi di dalam kapal terbang tidak begitu menjengkelkan berbanding bunyi di dalam kereta, walaupun tahap dB lebih tinggi di dalam kapal terbang? Inilah sebabnya mengapa tahap dB tidak boleh dianggap tinggi/rendah semata-mata. Manusia sensitif bukan saja dengan tahap bunyi semata-mata, tapi juga dengan perubahan dalam tahap bunyi tersebut.

Bunyi dan gegaran sememangnya tak dapat dielakkan dalam mana-mana kereta sekalipun. Jika ia terlalu senyap, ia akan jadi kurang menarik sebagai kereta pemandu kerana pemandu yang bagus perlu tahu kaitan antara keadaan kereta dengan keadaan jalanraya. Ini jugalah sebab mengapa kereta BMW lebih bising berbanding Audi atau Mercedes-Benz. Bahan penebat bunyi juga menambah berat kereta yang akan memberi impak pada prestasi dan kecekapan kereta itu sendiri.

Walaubagaimanapun, kabin yang bising boleh memenatkan penumpangnya dan mencari keseimbangan untuk perkara ini agak susah. Mazda mengatasi masalah ini bukan dengan menambah bahan penebat bunyi, tapi dengan memanipulasi cara bunyi di luar menembusi ruang kabin dengan mengurangkan perubahan dalam tahap bunyi. Oleh itu, kabin yang senyap boleh dicapai tanpa menambah berat kereta.

Penjelasan terperinci tentang teknologi ini mungkin terlalu panjang untuk dibincangkan , tapi yang pasti ia bukanlah sesuatu yang murah untuk dijalankan.

Fakta menarik: Lapik kaki Mazda 3 direka untuk berfungsi sebagai bahan penyerap bunyi. Mazda begitu teliti, oleh itu jangan tukar lapik kaki kereta Mazda anda.

Kebanyakan kereta memasang speaker di bahagian bawah pintu -  lokasi paling murah tapi paling teruk bagi kualiti audio kereta.

Pelbagai langkah diambil untuk mereka-semula bingkai pintu dan tingkap berkuasa supaya Mazda boleh meletakkan speaker hadapan di belakang papan pemuka dan di bahagian atas panel pintu – berbeza dengan posisi yang biasa kita lihat.

Speaker yang diposisikan semula membolehkan Mazda untuk memanipulasi kedatangan frekuensi bunyi yang berlainan.

Menurut Mazda, meletakkan speaker di bahagian bawah pintu kereta ialah cara jimat, tapi paling teruk untuk kualiti audio.

6. Pengendalian/‘Handling’

Mazda 3 sebenarnya tidak menggunakan suspension belakang jenis ‘torsion beam’. Ya, senarai spesifikasinya nyatakan ‘torsion beam’, tapi biar kami jelaskan.

Salah satu silap paling besar dalam pemasaran Mazda 3 adalah menggelar suspension belakangnya ‘torsion beam’, iaitu satu langkah ke bawah dari tetapan ‘multi-link’ sebelumnya. Tapi sebenarnya, ia bukannya ‘torsion beam’ sama sekali.

Ia nampak seperti ‘torsion beam’ tapi ia tidak berfungsi seperti itu.

‘Torsion beam’ Mazda 3 ini lain daripada yang lain. Malah, bahagian tepinya menyerupai rekaan jenis ‘multi-link’. Mazda memiliki patennya dan tiada pengeluar lain boleh menggunakan rekaan tersebut. Bolehkah ia dipanggil ‘torsion beam’ biasa jika ia ada rekaan unik dengan paten sendiri?

Rekaan berpaten ini memaparkan ‘variable diameter beam’ yang membolehkan Mazda menghasilkan semula fungsi ‘multi-link suspension’, tapi dengan bahagian bergerak yang kurang (oleh itu kos penyelenggaraannya rendah) dan ia tidak mengambil ruang yang besar.

Dengan mempelbagaikan diameternya dan mengekalkan kenipisannya di tengah-tengah, ‘beam’ tersebut mampu mengawal lenturan dan pergerakan dari satu sisi ke sisi lain dengan cara yang lebih kurang sama dengan sistem ‘multi-link’.

Dengan bahagian bergerak yang sedikit, ia lebih senyap dan lebih senang untuk ditala.

Mazda adalah sebuah syarikat yang amat menitikberatkan juruteranya. Tapi, mereka nampaknya kurang mahir dalam komunikasi sebaik jurutera AS/Jerman, yang pastinya akan memberi nama pemasaran yang lebih menarik untuk rekaan berpaten baharu ini. Apa jua nama sekalipun, asalkan bukan ‘torsion beam’.

Dalam aplikasi sebenar, Mazda 3 dengan ‘torsion beam’nya membuatkan pengendalian kereta tersebut yang terbaik dikalangan saingannya dengan suspension belakang yang lebih rumit. Ia cukup lentur dan bila tiba masanya anda nak seronok sikit, pergerakannya sangat-sangat intuitif.

Mazda 3, nak beli atau tidak?

Oleh itu, adakah Mazda 3 dijual pada harga yang tak masuk akal? Ya, tapi ia juga satu pembelian yang sangat berbaloi. Ia bergantung pada perspektif anda, harga atau menghargai kehebatannya? Ini juga barangkali satu masalah bagi Mazda 3 – ia terlalu unik dan terlalu bagus untuk pembeli kereta biasa.

Mazda 3 ialah sebuah kereta yang mahal tapi dengan jenama yang murah. Ketelitian pada perincian yang diberikan padanya melebihi Mercedes-Benz C-Class mahupun BMW 3-Series. Yang pasti, kebanyakan konsumer adalah golongan yang materialistik. Jenama kereta melebihi segalanya, dan inilah sebab mengapa jualan Mazda 3 tidak begitu rancak, walaupun di pasaran besar seperi AS.

Mazda 3 lebih kurang seperti seni Ukiyo. Orang biasa mungkin boleh kenal Mona Lisa sebagai hasil kerja Da Vinci. Tapi, bukannya sebab mereka belajar di kelas seni, sebaliknya hanya dari ‘pop culture’ yang mengatakan ia hebat.

Tunjukkan pada mereka sesuatu yang tidak begitu ‘mainstream’ seperti Great Wave of Kanagawa oleh Hokusai dan mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk menghargainya. Mazda boleh dikatakan Hokusai masa kini. Bagi mereka yang faham dan mengerti akan kehebatannya, ia adalah kereta yang amat berbaloi untuk dibeli. Tapi, bagi mereka yang lebih menjurus kepada pendapat orang umum yang tak tahu hujung pangkalnya, ia hanyalah seketul besi yang dijual pada harga melampau.

Oleh itu, jika anda faham akan seni dan nilai pertukangannya, dan juga tergolong dalam mereka yang mampu dan mahukan sesuatu yang berbaloi, belilah Mazda 3. Bagi yang lain, belilah saja Honda Civic/Toyota Corolla Altis. Di sini ada panduan untuk bantu anda pilih antara dua.

 

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mazda 3 Hatchback

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Mazda: A Premium Brand That Speaks To Your Soul

2020 Mazda 3 2.0L Hatch & Sedan Review, the World's Most Beautiful Car! | WapCar

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mazda 3 Hatchback
Cek Lebih