Proton
Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 Standard AT 2021 - Tak malu pun walau ada BMW & Honda
433
Sedang kita di sini sibuk dengan kehadiran Proton X50, rakan kita di Filipina pula sedang bersiap-siaga untuk menerima kehadiran Geely Okavango – model yang berdasarkan SUV bersaiz besar, Geely Haoyue.
Sojitz G Auto Philippines, pengedar rasmi kereta Geely di sana, mengesahkan yang SUV tersebut akan diperkenalkan kepada media pada 2021. Tempahan untuk SUV 7 tempat duduk itu dibuka sejak 17 Oktober di Filipina.
Sumber sama juga melaporkan yang Okavango akan dilengkapi dengan enjin turbo 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac jenis basah (DCT) 7 kelajuan. Atas kertas, spesifikasi ini sama dengan X50.
Dibantu dengan sistem hibrid sederhana 48V, Okavango dilaporkan boleh menjana 190 PS dan 300 Nm. Yang menariknya, tren kuasa ini tidak boleh didapati di pasaran China.
Selain dari itu, SUV itu juga dikatakan mempunyai 6 beg udara, kamera 360 darjah, penghawa dingin 3 zon serta ruang kabin yang luas – cukup luas sehingga boleh memuatkan penumpang berketinggian 190 cm di barisan ketiga.
Beberapa info ringkas tentang Haoyue/Okavango
Badannya sememangnya besar – lebih besar daripada Hyundai Santa Fe tapi pendek sedikit berbanding Mazda CX-8. Tapi, model Geely ini lebih lebar dan lebih tinggi daripada kereta Mazda itu.
Di China cuma ada satu jenis tren kuasa iaitu enjin 4 silinder berpengecas turbo 1.8 liter yang dipadankan dengan DCT basah 7 kelajuan – kombinasi yang sama dengan Proton X70 CKD kita.
Bergantung kepada varian, pembeli boleh dapatkan kluster instrumen digital 12.3 inci, skrin sentuh terapung dengan sistem infotainmen GKUI, sistem penapisan udara kabin PM 2.5, 42 ruang simpanan kabin, 19 konfigurasi tempat duduk dan yang paling best – sunroof panoramik 60 inci!
Nampak hebat, kan? Perancangan untuk Malaysia ada?
Geely Jiaji, model yang kami rasakan Proton patut ada secepat mungkin.
Buat masa sekarang, perancangan untuk Haoyue memasuki barisan kereta Proton belum dapat dipastikan lagi. Perlu diingatkan yang Proton hanya ada hak intelektual bagi 3 model Geely iaitu Boyue (Proton X70), Binyue (Proton X50), dan juga Jiaji (MPV Proton).
Bagi yang dah jatuh cinta dengan Haoyue, tunggu sajalah perkembangan dari Proton yang seterusnya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
182