window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Haoyue SUV boleh memuatkan dewasa 190 cm di tempat duduk baris ke-3, tetapi mengapa?

Faisal · Aug 11, 2020 10:00 AM

Geely Haoyue SUV boleh memuatkan dewasa 190 cm di tempat duduk baris ke-3, tetapi mengapa? 01

Geely Haoyue baru-baru ini membuat kemunculan umum tetapi SUV 7-tempat duduk itu akan mula dijual di China pada bulan Jun 2020.

Geely Haoyue, SUV 7-tempat duduk ini baru sahaja dijual di China pada bulan Jun 2020. Terdapat 2 konfigurasi tempat duduk pada Haoyue - 5 tempat duduk dan 7 tempat duduk dengan susunan  2 + 3 + 2. Haoyue adalah SUV besar, tetapi menurut Geely, SUV baru mereka boleh menampung orang dewasa setinggi 190 cm di tempat duduk baris ke-3.

Geely Haoyue SUV boleh memuatkan dewasa 190 cm di tempat duduk baris ke-3, tetapi mengapa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Haoyue SUV boleh memuatkan dewasa 190 cm di tempat duduk baris ke-3, tetapi mengapa? 01

Ini dicapai dengan sususan dalaman yang efisien kerana Haoyue menawarkan 69% kadar penggunaan ruang dalaman - 6% lebih daripada standard industri.

Penumpang barisan tengah mempunyai ruangan kaki sehingga 1-meter sementara tempat duduk baris ketiga dapat memuatkan orang dewasa setinggi 190 cm. Ini menjadikan Haoyue SUV 7 tempat duduk yang sebenar, bukan hanya 5 + 2.

Geely Haoyue SUV boleh memuatkan dewasa 190 cm di tempat duduk baris ke-3, tetapi mengapa? 02

Ruangan kaki 1-meter untuk barisan ke-2; cukup untuk dewasa 190 cm di barisan ke-3

Tetapi mengapa Geely menghabiskan semua usaha itu dalam susunan dalaman ketika rata-rata ketinggian lelaki di China ialah 171 cm?

Pengguna di China lebih suka kereta mereka seluas mungkin. Tempat duduk yang luas pada Haoyue akan menjadi aset yang kuat untuk pasaran domestik mereka.

Geely Haoyue SUV boleh memuatkan dewasa 190 cm di tempat duduk baris ke-3, tetapi mengapa? 03

Selain itu, semua kereta moden Geely dirancang untuk menjadi produk global – ini bermaksud ia dihasilkan untuk pelbagai pasaran. Dengan dimensi Haoyue yang luas, ini akan menarik perhatian para lelaki dan wanita di Eropah yang rata-rata agak tinggi.

Setakat ini, masih tidak ada perancangan untuk menjual Haoyue di Malaysia sebagai sebuah model Proton.. Seorang pegawai Geely telah menekankan bahawa dalam perjanjian Proton-Geely, Proton telah mendapatkan harta intelektual untuk tiga model Geely - Geely Boyue (Proton X70), Geely Binyue (Proton X50) dan Geely Jiaji (Proton MPV).

Geely Haoyue SUV boleh memuatkan dewasa 190 cm di tempat duduk baris ke-3, tetapi mengapa? 04

Di China, Geely Haoyue didatangkan dengan 2 pilihan enjin – 1.8 liter 4-silinder turbo (184 PS / 300 Nm) dan 1.5 liter 3-silinder turbo (177 PS / 255 Nm). Media China menganggarkan harga Haoyue bermula daripada RMB 150k (RM 92k).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda