Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia

Haris · Jul 7, 2020 06:00 AM

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 01

Geely Jiaji adalah model keluaran Geely yang baru dilancarkan bulan Mac 2019 yang lalu.

Model ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai kehadirannya sebagai pengganti Exora. Proton Exora memang sebuah model lama yang sangat memerlukan kemas kini. Buat mereka yang masih tertanya-tanya, jawapannya ada di penghujung artikel ini.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 02

Unit Geely Jiaji yang kami rebiu datang dari pengalaman penulis ke China sendiri. Oleh itu, kesemua spesifikasi dan talaan kereta ini datangnya dari Geely. Jika kereta ini tiba di Malaysia, sudah pasti Proton turut memberikan input mereka terhadap pembangunan kereta ini.

Dimensi dan rekaan luar

Geely Jiaji berukuran panjang 4,706 mm, lebar 1,909 mm dan tinggi 1,690 mm. Ukuran ini meletakkannya di antara Proton Exora dan Nissan Serena.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 01

Aspek yang paling menonjol adalah kelebarannya. MPV ini lebih lebar daripada Toyota Alphard (1,850 mm). Hanya Kia Grand Carnival yang lebih lebar dengan 1,985 mm.

Jarak antara tayar adalah 2,805 mm. Jarak ini lebih panjang daripada Proton Exora dan Toyota Innova. Namun, jarak ini lebih pendek 55 mm daripada Nissan Serena dan pendek 95 mm daripada Honda Odyssey.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 02

Bagi rekaannya pula, Geely Jiaji agak ringkas. Gril hadapannya direka dengan integrasi lancar dengan lampu hadapan dengan jalur krom di bawahnya.

Bagi kami, rekaannya agak moden dan elegen. Walaupun rekaan luar bukan pilihan utama pembeli, namun Geely dilihat tetap menitik beratkan rekaan luaran.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 03

Geely Jiaji menggunakan pintu terbuka seperti kereta biasa dan bukannya pintu gelungsur. Pilihan ini dilihat mengurangkan aspek praktikaliti MPV ini berbanding Toyota Innova.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 04

Bagi kami, Nissan Serena masih lagi MPV pilihan paling praktikal. Jika anda selesa dengan pintu yang sama dengan Proton Exora, anda mungkin selesa dengan Geely Jiaji.

Rekaan Dalaman

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 05

Geely Jiaji mempunyai rekaan dalaman berbentuk T. Hal ini bermakna kedua-dua belah kereta ini menerima rekaan sama kecuali dengan penambahan tombol-tombol kawalan pada sebelah pemandu.

Paparan infotainment skrin sentuh 12.3 inci jenis terapung terletak di tengah-tengah, sementara pemandu mendapat kluster meter instrumen LCD 7 inci.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 06

Bagi kami, rekaan dalaman Geely Jiaji sangat selesa dengan pilihan bahan binaan yang bagus dan kemasan yang berkualiti. Rekaan dalaman Geely Jiaji setanding dengan rekaan MPV Jepun dan Korea

Titik sentuhan yang berada pada Geely Jiaji diperbuat dari besi, plastik keras dan kulit memberikan rasa sentuhan yang mewah. Geely dengan bijak tidak meletakkan plastik keras pada titik yang selalu disentuh.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 07

Geely turut melengkapi Jiaji dengan pelbagai ciri-ciri seperti pad pengecasan tanpa wayar Qi, tempat duduk panas hadapan dengan ventilasi, 7 port USB, skrin pandangan 360 darjah, mod pemanduan Eco dan Sport, bumbung suria panorama, DVR dan Park Assist.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 08

Tempat duduk baris kedua didatangkan dengan jenis captain seat, sama seperti Nissan Serena dan Toyota Innova 2.0X.  

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 09

Walaupun nampak gah, captain seat pada Geely Jiaji tidak begitu selesa untuk perjalanan jarak jauh. Hal ini kerana, posisi tempat duduk anda separa cangkung kerana lantai yang rendah tanpa sebarang sokongan pada paha.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 10

Namun begitu, tidak dinafikan sokongan belakang kerusi ini agak selesa.

Prestasi pemanduan dan kendalian

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 11

Terdapat pelbagai varian Geely Jiaji di China. Unit rebiu yang kami terima dikuasakan dengan enjin 1.5-liter mild hybrid (MHEV) petrol turbo. Enjin mild hybrid bermakna motor hanya membantu enjin dan bukannya gandar seperti enjin full hybrid. 

Enjin tersebut menjana 190 PS kuasa kuda dan 300 Nm tork dengan gandingan transmisi 7 kelajuan automatik dual clutch.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 12

Kuasa yang diberikan sedikit lemah. Geely Jiaji didapati bergerak ke belakang apabila berada pada kedudukan curam namun apabila fungsi Hill Assist diaktifkan, Geely Jiaji mampu berada pada posisi pegun.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 13

Bunyi enjin agak menderum namun kualiti binaan kalis bunyi MPV ini berjaya meredam sedikit bunyi yang menderum itu. Bagi ujian 0-100 km/j, Geely Jiaji mencatatkan masa selama 9.7 saat.

Keselesaan pemanduan

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 14

Geely Jiaji adalah sebuah MPV yang direka untuk keselesaan penumpang namun kami dapati tahap keselesaannya kurang memuaskan.

Walaupun di jalan raya landai yang lebar dan licin di China, Geely Jiaji masih berbuai dengan sedikit agresif. Tanpa talaan dari Proton, pastinya Geely Jiaji akan gagal di Malaysia.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 15

Proton masih juara dalam kendalian jalan raya Malaysia. Kami merasakan Proton Exora jauh lebih baik dalam mengharungi jalan raya di Malaysia berbanding Geely Jiaji.

Konklusi: Tawaran Geely Jiaji dalam pasaran Malaysia

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 16

Dengan kejayaan Proton X70, kami pasti Geely Jiaji bakal digemari rakyat Malaysia. Talaan daripada Proton sangatlah diperlukan untuk membawa Geely Jiaji memenuhi citarasa dan gaya pemanduan rakyat Malaysia.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 17

Sayangnya, dalam konteks negara kita, Geely Jiaji pastinya tidak dapat menggantikan Proton Exora. Geely Jiaji lebih premium, setanding dengan Nissan Serena dan Toyota Innova.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 18

Namun, Geely Jiaji mungkin boleh diposisikan pada harga lebih murah berbanding Nissan Serena dan Toyota Innova. Hal ini kerana, Geely Jiaji tidak mempunyai pintu gelungsur. Sebaliknya, Geely Jiaji dibuka seperti kereta biasa.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 19

Perbezaan dari segi pintu memang mempengaruhi tahap praktikaliti sesebuah MPV. Hampir tiada orang bujang yang mahu membeli sebuah MPV sekadar suka-suka. Kebanyakan pengguna berkeluarga yang membeli MPV. MPV adalah pilihan yang lebih praktikal untuk mengangkut ramai penumpang.

Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia 20

Namun bukan semuanya kurang. Jarak kelegaan tanah Geely Jiaji yang lebih rendah pastinya memudahkan keluarga dengan anak kecil dan orang tua untuk keluar masuk kereta.

Jika anda sukakan Proton Exora, anda pasti akan menyukai Geely Jiaji. Hanya harganya sahaja mungkin menjadi anjakan besar berbanding Proton Exora.

Bagi kami, Geely Jiaji di pasaran China ini tidak begitu sesuai untuk pemanduan di Malaysia. Pastinya, khidmat Proton sangat diperlukan bagi menala MPV ini untuk citarasa rakyat Malaysia.

Jika dipadankan dengan harga yang menarik, kami yakin Geely Jiaji mampu menggegarkan segmen MPV pula seperti mana Proton X70 menggegarkan segmen SUV.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Geely Jia Ji 1.5TD PHEV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru