![Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2! 01]()
Usai 4 pusingan perlumbaan Moto2 di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia, keputusan yang diperoleh pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah di pentas elit itu diakui kurang memuaskan.
Juga baca: Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa!
Apa tidaknya, tiada pungutan mata berjaya dikumpul bekas pelumba MotoGP negara itu setakat ini dengan keputusan terbaik adalah di tangga ke-17 di Jerez, Sepanyol, dua minggu lalu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
![Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2! 01]()
Begitupun, keputusan yang diraih itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah ia sudah dijangka kerana ini kali pertama Hafizh beraksi bersama pasukan berkenaan, NTS RW Racing GP yang menggunakan casis NTS.
![Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2! 02]()
Menilai lanjut keputusan yang diraih pelumba kelahiran Ampang itu daripada 4 perlumbaan yang sudah berlangsung, dapat dilihat peningkatan berterusan berlaku.
Juga baca: Jaguh Moto2 negara, Hafizh Syahrin selamat jalani pembedahan
Dan memetik laporan The Star, ada khabar positif diperoleh daripada Hafizh apabila dia mengakui sudah mula memahami karektor casis NTS dan mulai serasi dengan jentera berkenaan.
![Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2! 03]()
“Masa yang saya catat tidak begitu jauh daripada pemenang perlumbaan Fabio di Giannantonio (di Jerez) dan ia adalah sesuatu yang positif. Jadi, saya tidak sabar untuk menantikan perlumbaan GP Perancis," katanya.
“Saya melakukan kemajuan selepas tiga pusingan pertama. Saya dapat merapatkan jurang dengan pelumba kelompok hadapan dengan sekitar 35 saat.
Juga baca: Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar
![Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2! 04]()
“Saya percaya jika saya dapat permulaan yang baik, saya mempunyai peluang untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 ke 15 terbaik.
"Saya mengharapkan perlumbaan yang baik di Perancis. Saya mula untuk memahami jentera saya dengan baik. Masih banyak yang perlu dipertingkatkan terutama untuk pelarasan suspensi."
![Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2! 05]()
Sebagai info, Hafizh akan menyambut Lebaran tanpa keluarga di sisi kerana pusingan 5 perlumbaan Moto2 dijadual berlangsung di Litar Le Mans pada 14 hingga 16 Mei ini. Teruskan berjuang Hafizh.
Sumber imej: Facebook RW Racing GP
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen