Adakah Mercedes-Benz A-Class kekal ada pada 2024? CEO akan umum kereta kompak baru tahun ini, 3 model permulaan akan digugurkan
Faisal Β· Mar 6, 2023 11:00 AM
0
0
Mercedes-Benz akan kurangkan volum jualan global β bilangan jualan kereta akan berkurang tapi dengan purata harga kereta yang lebih tinggi
Kereta kompak kelas permulaan akan dikurangkan dari 7 kepada 4 model
4 model itu akan dijual pada harga lebih tinggi, dengan pengurangan 25% dalam bahagian pasaran
Dengan sasaran syarikat untuk meletakkan fokus pada jualan model yang mendatangkan marjin keuntungan lebih tinggi, Mercedes-Benz sekali lagi mengesahkan bahawa mereka akan mengurangkan bilangan kereta kompak yang ada iaitu dari 7 kepada 4 model sahaja.
Untuk makluman anda, platform MFA II yang Mercedes-Benz guna untuk model kompak mereka merangkumi A-Class, A-Class Sedan, CLA wagon, B-Class, GLA dan GLB, termasuklah EV seperti EQA dan EQB.
Setakat ini, masih belum diketahui akan 3 model mana yang akan digugurkan. Apa yang pentingnya, untuk Malaysia, A-Class masih ada harapan cerah. Kalau anda nak tahu, jualan A-Class di luar pasaran Eropah tidak begitu laku. Di Amerika pun tidak ada dan jualan di China pun tidak seberapa β dua pasaran terbesar untuk kereta mewah.
Dalam pembentangan kewangan kepada pelabur baru-baru ini, CEO Ola Kallenius memberitahu bahawa Mercedes-Benz akan kekal melabur dalam pembangunan model kereta kompak tetapi dengan syarat margin keuntungannya dapat cecah satu tahap. Selepas itu barulah syarikat akan mengurangkan volum jualan dalam segmen itu.
Dalam erti kata lain, kalaulah A-Class / A-Class Sedan menerima generasi baru, harganya akan meningkat.
Berdasarkan pembentangan slaid itu, CEO Ola menegaskan bahawa Mercedes-Benz berhasrat untuk meningkatkan purata harga dengan begitu ketara untuk model kereta kompak generasi seterusnya.
Menariknya, mereka turut meramalkan penurunan 25% dalam bahagian pasaran menjelang 2026. Kiranya, sasaran mereka kini adalah untuk mengurangkan jualan dan meletakkan fokus pada orang kaya yang hendak mencari Mercedes-Benz kompak.
Tambah beliau, βTetapi kami akan meletakkan fokus pada model yang paling berjaya dari peringkat globalβ.
Dalam acara itu, Kallenius turut memberi petunjuk awal bahawa model pertama Mercedes-Benz kompak generasi baharu akan diiklankan menjelang akhir tahun ini dan pelancarannya akan berlangsung pada tahun 2024.
Kalau anda nak tahu, siluet profil kereta tersebut yang didedahkan dalam slaid ada iras CLA. Jadi, adakah CLA akan ganti A-Class Sedan?
Untuk makluman anda, Mercedes-Benz juga sebenarnya menyasarkan untuk meningkatkan bahagian pasaran S-Class, G-Class, Maybach dan AMG sebanyak 60%!
Mengenai model teras seperti C-Class, E-Class dan versi SUVnya, sasaran yang ditetapkan adalah untuk mengekalkan bahagian pasarannya. Memandangkan margin profit lebih penting daripada volum jualan, Mercedes-Benz tidak lagi menyasarkan sebarang peningkatan dari segi volum jualan.
Apapun, mereka akan cepat-cepat memperkenalkan model EV untuk segmen tersebut. Apa yang kami maksudkan di sini adalah model EQE dan EQE SUV yang menggunakan platform EVA akan diganti dengan model MB.EA menjelang tahun 2026.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.