window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru 1 jam parkir di Sentul, Datin pemilik Perodua Myvi ini dicaj hampir RM 6,000!

Faisal · Jan 17, 2022 12:00 PM

Baru 1 jam parkir di Sentul, Datin pemilik Perodua Myvi ini dicaj hampir RM 6,000! 01

Tangkap layar video TikTok mummyjylo2.

Baru-baru ini, tertular satu video Tiktok oleh seorang Datin yang dikenakan caj RM 5,811 walaupun hanya meletakkan Perodua Myvi beliau selama 1 jam.

Menurut wanita itu, beliau masuk ke tempat parkir tersebut pada jam 11.30 pagi dan keluar pada jam 12.30 tengah hari. Kalau ikut kadar harga yang dipaparkan, setiap jam hanya dikenakan caj sebanyak RM 1.

@mummyjlo2

bapak la mhl😂😂

♬ These Days - Nico

Akibat tidak masuk akal, perkara itu cepat-cepat dilaporkannya ke pihak pengurusan. Pihak pengurusan sememangnya suruh bayar harga tersebut tetapi setelah diugut untuk membuat laporan polis, barulah mereka semak semua rakaman litar tertutup (CCTV).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu jam selepas berurusan, pihak berkuasa bangunan itu mendapati bahawa terdapat kesilapan teknikal pada mesin tersebut dan jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh Datin itu hanyalah RM 3 sahaja.

@mummyjlo2 Reply to @shidanms sini😂😂#fmj #mummylovers #fypシ ♬ original sound - Datin jlo (2acc)

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan netizen. Rata-rata daripada mereka betul-betul ingin tahu akan lokasi berkenaan supaya boleh berhati-hati selepas ini.

Salah satu komen yang dilontarkan berbunyi, “Dia kumpul jumlah parkir semua kenderaan di situ, kemudian kira bayar secara ‘lump sum’.”

Satu lagi komen yang agak menghiburkan adalah daripada saudari Suzila Rahman yang mana dia berkata, “Itu harga parkir seumur hidup, lepas ini boleh parkir mana-mana kawasan yang awak nak.”

Sumber: Kosmo

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda