window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Biar gadai kertas A4, jangan sampai tergadai Mercedes-Benz A45 S!

Haris · Dec 23, 2021 11:30 AM

Biar gadai kertas A4, jangan sampai tergadai Mercedes-Benz A45 S! 01

Seorang pemilik Mercedes-Benz A45 S menarik perhatian apabila berjaya menyelamatkan kenderaannya daripada ditenggelami air apabila berlakunya bencana banjir kilat pada hujung minggu lepas. Cara penyelesaian yang diambil juga sangat kreatif, hanya sekadar menggunakan beberapa rim (ream) kertas A4 sahaja.

Menurut satu hantaran oleh Yuyu Chang, dia hanya menggunakan kertas A4 dan jek kereta untuk menyelamatkan hatchback kesayangannya itu. Caranya adalah mengangkat kereta sedikit demi sedikit dengan jek kereta di samping meletakkan kertas A4 di antara tayar dan tanah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Biar gadai kertas A4, jangan sampai tergadai Mercedes-Benz A45 S! 01

Jika dilihat dengan lebih dekat, satu rim kertas yang digunakan berketinggian sekitar 64 mm. Yuyu Chang menggunakan sebanyak 8 rim kertas A4 beserta kayu penyendal untuk bahagian paling bawah. Sekurang-kurangnya Mercedes-Benz A45 S tersebut berketinggian 512 mm dari tanah jika tidak ditambah dengan kayu penyendal, cukup untuk mengelakkan paras banjir paras betis.

Biar gadai kertas A4, jangan sampai tergadai Mercedes-Benz A45 S! 02

Walaupun ramai yang mempersoalkan tindakan tersebut kerana kertas adalah bahan yang menyerap air dengan baik dan ditakuti akan larut dalam air, sebenarnya ia mungkin fizik yang berbeza daripada sekadar sekeping kertas. Hal ini kerana, berat kenderaan serta berat kertas itu sendiri telah memampatkan helaian kertas di dalamnya, justeru ketumpatan yang dialami mungkin cukup untuk bertahan dalam air banjir.

Biar gadai kertas A4, jangan sampai tergadai Mercedes-Benz A45 S! 03

Apa-apa pun, Yuyu Chang juga mengatakan bahawa dia bukan sahaja menggunakan perkara yang sama untuk Mercedes-Benz A45 S tersebut malah sebuah Ford Fiesta yang merupakan kenderaan hariannya.

Sejujurnya, apa yang dilakukan oleh Yuyu Chang ini agak berkesan namun tidak digalakkan melainkan tiada cara lain untuk mengelakkan paras air yang meningkat. Lagipun, anda perlu mempunyai bekalan kertas A4 yang mencukupi untuk melakukannya justeru mungkin sekali pemilik merupakan seorang tauke kertas.

Lagi berita banjir: 

KPDNHEP beri amaran agar bengkel tidak caj mangsa banjir dengan harga melampau

Perodua syarikat kereta pertama Malaysia yang tawarkan bantuan banjir kepada pelanggan

Mangsa banjir: Penggantian percuma untuk LKM, LMM, sijil pemilikan kenderaan sementara

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz AMG A-Class A35 4Matic Sedan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda