window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS

Haris · Jun 2, 2020 05:05 PM

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  01

Bersama-sama dengan pelancaran Mercedes-AMG A45 S dan CLA 45 S 2020, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan Mercedes-AMG A35 4Matic 2020 serba baru. Model entry-level Mercedes-AMG ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbocharged serta dilengkapi dengan aplikasi Mercedes Me dengan harga RM 379,888.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model A35 ini boleh dikira sebagai versi A45 hatchback yang kurang agresif. Walaupun begitu, enjin 2.0 liter 4 silinder turbocharged nya mampu menjana 310 PS kuasa kuda dan 400 Nm tork.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  01

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi dual-clutch 7G dan kuasa disalurkan ke keempat-empat roda dengan sistem 4Matic variable all-wheel drive. A35 memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.7 saat, sedikit perlahan berbanding A45 S dengan 3.9 saat.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  02

Walaupun A35 lebih mirip dengan A-Class standard berbanding A45 S, ia masih mudah dibezakan melalui bampar belakang sporty yang dilengkapi sisipan diffuser baru dan dua ekzos bulat.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  03

A35 menggunakan roda jejari AMG 19-inci yang direka untuk meningkatkan aspek aerodinamiknya. Sementara itu di bahagian depan pula, A35 dilengkapi dengan lampu hadapan LED multibeam dengan Adaptive Highbeam Assist.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  04

Seperti kereta kompak AMG yang lain, bahagian dalaman A35 mempunyai tempat duduk AMG Performance dan stereng AMG Performance yang dibalut dengan kemasan kulit Nappa.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  05

Aplikasi Mercedes Me hadir sebagai standard pada A35. Pemilik akan terus mengetahui status kereta mereka melalui aplikasi di telefon mudah alih.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  06

Teknologi lain di A35 termasuklah sistem infotainment MBUX. Pun begitu, sistem MBUX pada A35 dinaik taraf sedikit berbanding sistem standard pada kereta Mercedes lain dengan paparan khas AMG.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  07

Skrin sesentuh tersebut memaparkan grafik 3D definisi tinggi. Pemilik juga mempunyai pilihan untuk memilih antara 3 stail paparan yang berbeza; Classic, Sport dan Supersport.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  08

A35 didatangkan standard dengan AMG Track Pace, jurutera perlumbaan maya yang terdapat dalam sistem MBUX. Sekiranya pemilik ingin mencuba memandu A35 di litar, Track Pace akan merekod pusingan dan masa setiap pusingan.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  09

Sistem Active Driver Assistance merangkumi antaranya Active Brake Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Parking Assist dengan Parktronic dan Blind Spot Assist.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  10

Mercedes-Benz Malaysia juga menawarkan pakej A35 dengan versi Edition 1. Hatchback versi Edition 1 akan mendapat pakej AMG Aerodynamics dan AMG Night. Secara luarannya, Edition 1 akan dilekatkan pelekat Mountain Grey Magno di sisi dengan roda aloi ringan AMG 19-inci berwarna Tech Gold Matte.

Mercedes-AMG A35 4Matic dilancarkan di Malaysia - RM 379,888, 310 PS  11

Versi Edition 1 juga didatangkan dengan warna Denim Blue metalik dengan pelekat sisi berwarna Tech Gold yang sepadan dengan roda berwarna emas.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz AMG A-Class A35 4Matic Sedan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda