window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia iklan Mercedes-Benz A-Class Sedan facelift & AMG A45 2023 - pelancaran menanti

Faisal · Jun 12, 2023 03:34 PM

Malaysia iklan Mercedes-Benz A-Class Sedan facelift & AMG A45 2023 - pelancaran menanti 01

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) tidak lama lagi nampaknya akan melancarkan model facelift buat Mercedes-Benz A-Class 2023 (V177) jenis sedan dan juga hatchback Mercedes-AMG A45 (W177) 2023.

Perkara ini diketahui melalui iklan di laman Facebook mereka tetapi tarikh pelancaran masih kekal sebagai rahsia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa pembaharuan yang akan ditampilkan?

Walaupun belum lagi disahkan untuk Malaysia, kesemua enjin A-Class facelift di pasaran luar diperbaharui dengan sistem hybrid sederhana 48V yang menggandingkan starter generator 14 PS. Ia dapat menghidupkan enjin dengan lebih lancar termasuk boleh melahu secara bebas sewaktu berlayar, sekaligus mematikan enjin apabila tidak perlu.

Malaysia iklan Mercedes-Benz A-Class Sedan facelift & AMG A45 2023 - pelancaran menanti 01

Model facelift di pasaran luar.

Apapun, output enjin kekal sama yang mana unit yang berkait dengan pasaran kita mempunyai angka kuasa seperti di bawah:

  • A200: (M282) 1.3L turbo - 163 PS, 270 Nm
  • A250: (M260) 2.0L turbo - 224 PS, 350 Nm
  • A35: (M260) 2.0L turbo – 306 PS, 400 Nm
  • A45 S (M139) 2.0L turbo – 421 PS, 500 Nm

Transmisinya juga kekal menggunakan unit DCT 7 atau 8 kelajuan.

Malaysia iklan Mercedes-Benz A-Class Sedan facelift & AMG A45 2023 - pelancaran menanti 02

Model facelift di pasaran luar.

Selain pembaharuan teknologi trenkuasa, terdapat fasia yang lebih terkini, perisian baru untuk infotainment Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dan trim yang lebih moden. Makluman lanjut akan menyusul dalam masa terdekat.

Malaysia iklan Mercedes-Benz A-Class Sedan facelift & AMG A45 2023 - pelancaran menanti 03

Model facelift di pasaran luar.

Bagi anda yang belum tahu, A-Class yang ada di Malaysia selama ini dijual pada harga berikut:

  • A200 sedan: RM 229,888
  • A250 sedan: RM 253,888
  • A35 4Matic sedan: RM 343,888
  • A45S 4Matic+ hatchback: RM 481,888

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mercedes-Benz A-Class A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda