window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000

Haris · Oct 22, 2020 04:00 PM

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 01

BMW Malaysia hari ini mengambil satu langkah lagi ke masa hadapan dengan pelancaran BMW 330e M Sport yang lebih mesra alam. Sedan eksekutif premium berkuasa elektrik ini merupakan satu lagi penambahan baru dalam produk BMW yang merupakan perintis konsep mobiliti hijau.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 01

Dilancarkan bersama-sama dengan BMW M340i xDrive, sedan eksekutif hibrid ini dipasang di kilang pemasangan BMW yang berada di Kulim, Kedah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan luaran dan dalaman

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 01

Dari segi luaran, BMW 330e M Sport dilengkapi dengan rekaan sporty yang disempurnakan oleh lampu LED adaptif dan lampu belakang LED 3d bentuk L. Ia mengenakan roda aloi ringan 18 inci M dengan rekaan jejari berkembar 790 M Bicolour dibaluti tayar besar.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 02

Bahagian dalaman sedan plug-in hybrid ini mempunyai kemasan trim dalaman Tetragon Aluminium yang elegan. Ia juga dilengkapi dengan stereng kemasan kulit M yang sporty, penyaman udara automatik 3 zon, kluster instrumen digital 12.3 inci dengan paparan infotainment skrin sentuh 10.25 inci.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 03

Paparan tersebut menggunakan Sistem Operasi BMW 7 dengan perkhidmatan BMW ConnectedDrive sebagai standard. Ia juga hadir dengan Apple CarPlay dengan sistem HiFi Loudspeaker 10 pembesar suara dengan amplifier 205 W. Terdapat juga pengecasan tanpa wayar yang tersedia untuk telefon pintar.

Prestasi

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 04

BMW 330e M Sport dikuasakan oleh enjin 4-silinder berkuasa Turbo 2.0 liter dengan teknologi XtraBoost dengan gandingan transmisi automatik Steptronic Sport 8-kelajuan. Output maksimum gabungan adalah sebanyak 292 PS kuasa kuda dan 420 Nm tork.

BMW mendakwa penggunaan minyak adalah sebanyak 2.2 L / 100 km dengan ujian pecutan 0-100 km/j hanyalah sekadar 5.9 saat.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 05

Ciri XtraBoost dapat diaktifkan dengan beralih ke mod Sport melalui suis Driving Experience Control. Ia direka untuk memberikan pengalaman pecutan yang jauh lebih kuat. Ciri XtraBoost juga dapat dimanfaatkan ketika ‘kickdown’ (penukaran gear rendah) dan selepas menukar tuil gear ke posisi M atau S.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 06

Pakej prestasi M Sport ini termasuklah brek M Sport, suspensi M Sport adaptif dan stereng sporty boleh ubah untuk pengendalian yang lebih sporty.

Keselamatan dan bantuan

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 07

Dari segi bantuan pemanduan, 330e M Sport dilengkapi dengan Driving Assistant Professional yang merangkumi amaran penukaran lorong, amaran perubahan lorong, amaran perlanggaran depan dengan brek automatik (AEB), amaran lintasan belakang dan pencegahan perlanggaran belakang.

Ia juga dilengkapi dengan kawalan pelayaran (cruise control) dengan fungsi brek. Fungsi Ini tidak boleh disalah anggap sebagai fungsi kawalan pelayaran adaptif (adaptive cruise control) kerana ia hanya menggunakan brek ketika menuruni bukit.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 08

Sedan hibrid plug-in juga dilengkapi dengan Parking Assistant dengan bantuan mengundur. Bantuan mengundur ini merekodkan perjalanan 50 meter terakhir di bawah 35 km/j untuk pengalaman yang lebih baik ketika mengundur melalui jalan-jalan yang sempit.

Warna dan harga

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 09

BMW 330e M Sport tersedia dalam 5 warna iaitu Alpine White, Black Sapphire, Portimao Blue, Mineral Grey dan Sunset Orange. Di dalamnya, pelanggan boleh memilih pilihan dari lapisan fabrik Black atau Cognac Leather Vernasca dengan jahitan hitam.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 10

Plug-in hybrid G20 ini berharga RM 264,613 tanpa SST sah sehingga 31 Disember 2020. Ia boleh didapati di semua pengedar BMW yang sah mulai 24 Oktober 2020. Pelanggan juga boleh menempah model baru secara dalam talian dengan harga RM 1,000.

BMW 330e M Sport 2020 rasmi dilancarkan. 2.2 liter / 100 km! Harga bermula RM 264,000 11

Terdapat juga tawaran masa terhad untuk jaminan bateri hibrid yang lebih lama sehingga 8 tahun atau 160,000 km, yang mana sampai dahulu. Tawaran ini sah untuk pembelian yang dilakukan pada BMW 330e M Sport hingga 31 Disember 2020.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda