window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan?

Haris · Jun 17, 2020 02:56 PM

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 01

BMW baru sahaja melancarkan model BMW X5 dengan plug in hybrid (PHEV) di Malaysia. Model ini berharga RM448,800 atas jalan, tanpa insurans. Sepanjang musim potongan cukai jalan ini, BMW X5 PHEV 2020 ini boleh didapati dengan harga RM440,745.

Pacuan kuasa dan rekaan luar

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW X5 PHEV 2020 ini dijana oleh enjin petrol 6 silinder 3.0 liter B58 bercas turbo yang menghasilkan 286 PS kuasa kuda dari 5,000 rpm hingga 6,000 rpm dan 450 Nm tork dari 1,500 rpm hingga 3,500 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang juga menempatkan motor elektrik yang menggunakan 113 PS dan 265 Nm. Hasil daripada gabungan enjin dan elektrik ini, BMW X5 PHEV 2020 mampu menjana kuasa sebanyak 394 PS dan 600 Nm tork.

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 01

Berbanding dengan BMW X5 PHEV generasi F15, model G05 serba baru ini menjana lebih 81 PS kuasa kuda dan 150 Nm tork.

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 02

Walaupun 42 kg lebih berat daripada generasi F15, BMW X5 generasi G05 mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 5.6 saat. Sebagai perbandingan, generasi F15 hanya mampu memecut pada ujian yang sama dalam masa 6.8 saat sahaja.

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 03

BMW X5 PHEV 2020 ini lebih mesra alam atas penggunaan bahan api yang sedikit, hanya 2.5 liter / 100km sahaja dalam ujian WLTP. Kadar pelepasan karbonnya juga agak rendah pada bacaan 56 g / km. Sebagai perbezaan, generasi F15 menggunakan sebanyak 3.3 liter / 100km dengan kadar pelepasan karbon sebanyak 77g / km.

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 04

Selain itu, BMW X5 PHEV 2020 ini turut menerima aksesori M Sport sebagai tambahan.

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 05

Oleh itu, model ini dilengkapi dengan roda aloi 20-inci M model 740M yang besar, lampu adaptive LED dengan fungsi BMW Selective Beam dan kaliper brek berwarna biru.

Rekaan dalaman

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 06

Ciri kemewahan BMW X5 PHEV 2929 ini turut dirasai pada bahagian dalam. Model ini menggunakan kemasan kulit Vernasca, panel instrumen digital dan paparan infotainment yang besar bersaiz 12.3 inci untuk kedua-duanya. Terdapat juga pad pengecasan tanpa wayar dengan BMW Display Key. Pada bahagian belakangnya pula, BMW X5 PHEV 2020 dilengkapi dengan dua paparan skrin sesentuh 10.2 inci untuk keselesaan dan hiburan anda.

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 07

Untuk aspek keselamatan, BMW X5 PHEV 2020 dilengkapi dengan fungsi Departure Warning, Lane Change Warning, Forward Collision Warning, Rear Cross Traffic Alert, Speed Limit Info dan Reversing Assistant. Terdapat juga kamera pandangan 360 darjah.

BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan? 08

Seperti model BMW yang lain, BMW X5 PHEV 2020 hadir dengan jaminan tanpa had jarak selama 5 tahun. BMW juga menawarkan servis berjadual percuma selama 5 tahun / 100,000km. Jika anda ragu-ragu dengan jangka hayat bateri PHEV, BMW Malaysia telah menambah jaminan bateri hibrid selama 2 tahun / 60,000 km, menjadikan jaminan bateri hibrid menjadi 8 tahun / 160,000 km secara keseluruhan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 BMW X5 xDrive45e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda