window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cari pasal sepak Perodua Alza milik wanita punca insiden ‘gocoh’!

Haris · Jul 14, 2021 06:30 PM

Cari pasal sepak Perodua Alza milik wanita punca insiden ‘gocoh’! 01

Satu insiden pergaduhan tular semalam memaparkan seorang lelaki pemandu Perodua Myvi dibelasah oleh beberapa individu lain. Insiden tersebut dikatakan berlaku di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam satu rakaman berdurasi 38 saat tersebut, seorang lelaki dipercayai pemandu Perodua Myvi tidak berpuas hati selepas terlibat dalam kemalangan kecil. Lelaki tersebut telah turun dari kereta lalu menggertak pemandu wanita Perodua Alza sambil menyepak bonet depan Alza tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tingkahlaku terbabit mengundang amarah beberapa individu lain yang melihat kejadian tersebut lalu tampil memukul lelaki terbabit.

Seorang wanita yang ada kaitan dengan Perodua Alza tersebut juga sempat memberi beberapa tendangan balas kepada lelaki yang dipukul.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang ramai yang lalulintas di jalan tersebut. Mangsa telah membuat laporan polis manakala tiada sebarang laporan diterima daripada pelaku.

Kemaskini 15 Julai 2021, 5.00pm

Cari pasal sepak Perodua Alza milik wanita punca insiden ‘gocoh’! 01

Lima daripada tujuh individu termasuk tiga wanita, yang ditahan susulan pergaduhan ini telah dikesan positif dadah.

Semua yang ditahan berusia usia 19 hingga 46 tahun. Ujian saringan mendapati lima daripada mereka termasuk tiga wanita, positif dadah jenis Benzo dan Amphetamine.

Bacaan Lanjut:

Video: Perodua Myvi melanggar Myvi - benda boleh elak, kenapa langgar?

Honda Civic terpakai dilarikan, jurujual buat laporan palsu?

Proton Iswara gelabah langgar lari Honda Civic polis, rupanya kereta curi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda