window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi di Red Bull Rookies!

Khairil · Mar 24, 2023 07:00 PM

CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi di Red Bull Rookies! 01

Dua pelumba muda negara yang beraksi di kempen Red Bull Rookies Cup musim ini, Hakim Danish Ramli dan Danial Syahmi Syahril mendapat tonik tambahan apabila kedua-duanya prospek negara ini memperoleh tajaan CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team.

Pengumuman mengenai penajaan itu diumumkan pengurusan kedua-dua pelumba, ZK Racing bersama bos CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team, Dato' Razlan Razali, hari ini.

CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi di Red Bull Rookies! 02

Danial Syahmi Syahril

Menurut ZK Racing, penajaan ini membabitkan perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah untuk kejuaraan berkenaan pada musim 2023. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengulas penajaan itu, Razlan berkata adalah tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia yang turut memiliki pasukan di MotoGP untuk membantu pelumba tempatan.

CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi di Red Bull Rookies! 01

Hakim Danish Ramli

"Selama 14 tahun, saya berada dalam misi untuk membantu membawa bakat-bakat Malaysia ke Kejuaraan Dunia. Kerjasama dengan ZK Racing bukanlah sekadar kami sebagai salah seorang penaja, tetapi sebagai komitmen peribadi saya kepada pelumba Malaysia. 

"Saya yakin bahawa Hakim Danish dan Danial Syahmi mempunyai potensi untuk bersaing hingga ke MotoGP, dan pemilihan mereka untuk Redbull MotoGP Rookies Cup adalah bukti bakat luar biasa mereka. 

CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi di Red Bull Rookies! 02

Dato' Razlan Razali

"Sebagai satu-satunya Ketua Pasukan dari Asia Tenggara dalam MotoGP, saya berasa bangga untuk membantu Hakim dan Danial dan tidak sabar untuk melihat mereka bersinar di pentas dunia," kata Razlan.

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata pihaknya gembira dengan kolaborasi bersama RNF MotoGP Team yang membantu pelumba muda Malaysia berlumba di Red Bull MotoGP Rookies Cup.

CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi di Red Bull Rookies! 03

Zulfahmi Khairuddin

"Dengan adanya pasukan Malaysia iaitu RNF MotoGP Team selaku penaja pelumba kita, ianya membuatkan pelumba tidak merasa janggal di dalam Paddock dan berasa seperti di rumah sewaktu perlumbaan di Eropah. 

"Penajaan ini sedikit sebanyak membantu pasukan ZK Racing selain dari mempunyai penaja utama program ini iaitu SIC Racing. Saya berharap pelumba kita dapat tunjukkan prestasi yang cemerlang pada musim ini di Red Bull MotoGP Rookies Cup."

CryptoDATA Aprilia RNF MotoGP Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi di Red Bull Rookies! 04

Sebagai info, perlumbaan pusingan pertama Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023 dijadual berlangsung di Portugal, hujung minggu ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda