window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium!

Khairil · Jun 7, 2023 01:00 PM

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 01

Jentera lasak terbaharu Ducati yang diberi julukan 'Dirtiest Ducati', Ducati Desert X memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun lalu dan tampil dalam pilihan warna tunggal, Star White Silk.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 02

Terbaharu, penawaran warna itu dikatakan sudah pun dikemaskini dan ditambah oleh Ducati Malaysia menerusi pengenalan pilihan warna terbaharu yang ditunggu-tunggu - Livery RR22.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 01

Sekalipun masih belum ditayangkan di laman web rasmi Ducati Malaysia, Ducati Desert X Livery RR22 (2023) begitupun sudah pun ditayangkan ketika sambutan 'Italian National Day' di ibu kota, baru-baru ini.

Juga baca: Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras!

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 02

Tetapi menurut Ducati Malaysia, Ducati Desert X Livery RR22 (2023) sudah pun boleh didapati di semua cawangan pengedar sah jenama motosikal premium Itali itu di Malaysia, ketika ini.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 03

Mengenai penggunaan skema warna dengan kod RR22 Ducati Desert X, pilihan warna itu diperkenalkan sebagai warna eksklusif ketika majlis 'Track day' bersama Audi dan ditunggang oleh bekas pelumba MotoGP, Danilo Petrucci.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 04

Dan susulan maklum balas baik yang diterima, ia akhirnya dikomersialkan.

Mengulas ringkas Ducati Desert X, ia adalah model dibangunkan untuk menjadi jentera yang fokus terhadap prestasi di laluan lasak. Rekaan uniknya mengambil inspirasi model Cagiva Elefant yang pernah bersaing di perlumbaan Rali Paris-Dakar di era 80-an dan 90-an.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 05

Di bahagian trenkuasa, motosikal ini dikuasakan enjin bersesaran 937 cc (Testastretta 11°, L-Twin), 2 Silinder, 4 Injap Per Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 06

Kuasa yang dihamburkan berada pada angka 110 Hp pada 9,250 rpm dan tork 92 Nm pada 6,500 rpm. Tampil dengan sistem canggih 'Ride-by-wire', Ducati Desert X menawarkan enam mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally selain Mod Kuasa.

Juga baca: Ducati DesertX (2022) dah tiba di Thailand, harga RM 80k, Malaysia giliran seterusnya?

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 07

Dan seperti model-model aras perdana Ducati lain, ia turut mempunyai bantuan tunggangan elektronik merangkumi 'Wheelie Control', 'Engine Brake Control', 'Cruise Control' dan 'Ducati Quick Shift' up/down dengan ciri 'low rpm'.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 08

Di bahagian suspensi, ia menggunakan fork jenis terbalik (USD) 46 mm KYB boleh laras penuh dan penyerap hentak tunggal KYB boleh laras penuh (belakang). Sistem brek menggunakan cakera berkembar 320 mm dengan kaliper Brembo M50 4 Piston dan brek cakera tunggal bersaiz 265 mm dengan kaliper Brembo 2 Piston lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) termasuk Cornering ABS.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 09

Informasi lain adalah seperti jarak lega bumi 250 mm, ketinggian pelana 875 mm namun menurut Ducati boleh direndahkan kepada 245 mm menerusi kit aksesori merendahkan susupensi, berat (kurb) 223 kg dan kapasiti tangki bahan api berkapasiti 21 liter.

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 10

Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan lampu LED sepenuhnya termasuk DRL, soket pengecas USB, soket 12V, Steering Damper dan lampu signal dengan ciri batal sendiri.

Juga baca: Ducati KL rasmi 'buka pintu', fasiliti lengkap Ducati bernilai RM 1 juta kini tersedia!

Ducati Desert X Livery RR22 (2023) dah tiba di Malaysia, lebih kacak, premium! 11

Ketika pelancarannya pada tahun lalu, Ducati Desert X (2023) dijual pada harga asas RM 112.9k dikatakan cukup laris di pasaran. Tetapi ia dikatakan bakal berubah dan pengenalan harga rasmi baharunya khabarnya bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda