window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k!

Khairil · Mar 3, 2023 07:00 PM

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 01

Edisi istimewa BMW R nineT 100 Years (2023), motosikal 'roadster' bergaya 'retro klasik' yang dihasilkan sebagai simbolik tahun kelahiran BMW Motorrad dan terhad kepada 1,923 unit seluruh dunia akhirnya tiba di pasaran Malaysia.

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 02

Khas untuk pasaran tempatan, BMW Motorrad Malaysia memperoleh 10 unit BMW R nineT 100 Years (2023) yang dijual pada harga cukup 'menggoncang jiwa', RM 129,500 (asas).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 01

Sebagai model yang memberi penghormatan kepada sejarah dan tradisi BMW Motorrad, BMW R nineT 100 Years tiba dengan skema warna istimewa metalik Black Storm dengan beberapa bahagian turut disadur krom paling ketara di bahagian tangki.

Juga baca: BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500!

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 02

Ia adalah ciri khas bagi BMW R nineT 100 Year yang diilhamkan daripada model R 75/5 yang dikeluarkan pada tahun 1969.

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 03

Turut memberi penghormatan kepada enjin Boxer, memacu BMW R nineT 100 Years (2023) adalah enjin Boxer berkembar bersesaran 1,170 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara/Minyak, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 04

Kuasa dihamburkan adalah 109 Hp pada 7,250 rpm dengan tork 116 Nm pada 6,000 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan. 

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 05

Brek pula menggunakan cakera berkembar 320 mm dengan kaliper Brembo 4 piston (depan) dan cakera tunggal 265 mm dengan kaliper 2 piston (belakang). Bagi menjamin tahap keselamatan tinggi, generasi BMW Motorrad ABS Pro juga tersedia secara standard.

Juga baca: BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris!

Seperti motosikal aras tinggi BMW Motorrad lain, BMW R nineT 100 Year turut memiliki pelbagai ciri bantuan tunggangan elektronik canggih seperti Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), 2 Mod Tunggangan (Rain/Road).

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 06

Turut datang secara standard termasuklah lampu hadapan LED termasuk lampu siang (DRL), panel meter berkembar gabungan digital/analog berbentuk bulat. Informasi penting lain adalah seperti kapasiti bahan bakar 18 liter, ketinggian pelana 805 mm dan set roda 120/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang).

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 07

Kepada yang memiliki dana 'berlebihan', turut tersedia adalah pelbagai pakej tambahan iaitu Aluminium Package, Aluminium Fuel Tank dan Comfort Package yang merangkumi pelbagai tambahan seperti Riding Modes Pro, kawalan luncur dan pemanas terotel.

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 08

Kepada yang berminat, BMW Motorrad Malaysia turut menyediakan Pelan Pembiayaan oleh BMW Group Financial Services Malaysia dengan pembayaran daripada RM 1,578 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun).

Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k! 09

Turut tersedia dengan pembelian adalah jaminan 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda