window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank!

Faisal · Mar 9, 2022 11:26 AM

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Hyundai Ioniq 5 di pasaran Malaysia. Kereta elektrik (EV) kedua Hyundai yang diimport (CBU) dari Korea ini ditawarkan dengan 3 varian yang bermula dari RM 199,888 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk diskaun SST dan pengecualian cukai jalan, eksais & duti untuk EV, sah sehingga 31 Disember 2023).

Harga Hyundai Ioniq 5 di Malaysia
Varian Harga
Ioniq 5 Lite RM 199,888
Ioniq 5 Plus RM 229,888
Ioniq 5 Max RM 259,888

Juga bacaBajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

Exterior

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Ioniq 5 tampil dengan reka bentuk ala hatchback kompak tetapi saiznya tidak kompak sama sekali. Kalau anda nak tahu, ia berukuran 4,635 mm panjang, 1,890 mm lebar dan 1,605 mm tinggi. Kiranya, saiz Ioniq 5 sebenarnya lebih kurang sama dengan Mercedes-Benz GLC. Malah, ukurannya lebih besar daripada Honda CR-V.

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 01

Cunzzz.

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 02

Dengan jarak roda sepanjang 3,000 mm juga (lagi panjang daripada BMW 5 Series), ruang kabin Ioniq 5 sudah berada di tahap SUV besar.

Visual keseluruhan buat Ioniq 5 lengkap dengan pilihan roda aerodinamik 19 inci dan 20 inci serta lampu belakang jenis LED Parametric Pixel.

Interior

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 03

Pada bahagian dalam, Ioniq 5 hadir dengan skrin 12.3 inci untuk kluster instrumen digital dan paparan infotainment yang mana ia didatangkan standard dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 04

Bercakap mengenai standard, varian Lite dan Plus lengkap dengan bumbung suria panoramik tetapi varian Max tampil eksklusif dengan bumbung solar yang mampu menjana elektrik untuk menampung pemanduan Ioniq 5 sehingga 2,000 km setiap tahun. Antara ciri unik yang ada termasuklah pelekat magnetik pada papan pemuka dan glovebox jenis tarik.

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 05

Sebagai sebuah jentera yang mesra alam, bahan fabrik yang diguna pada tempat duduk Ioniq 5 diperbuat daripada botol kitar semula PET (macam botol minuman RM 1). Permukaan lain pula menggunakan fabrik bio yang diambil daripada tebu dan jagung.

Bahan pada pintu sendiri adalah 100% daripada kertas kitar semula. Rata-rata permukaan kabin yang lain pula diperbuat daripada bahan jagung, minyak biji rami dan bunga rape.

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 06

Antara ciri paling mengagumkan yang ada pada Ioniq 5 adalah soket vehicle-to-load (V2L) yang boleh membekalkan 3.6 kW kuasa, cukup untuk menghidupkan penyaman udara dan televisyen selama 24 jam.

Trenkuasa

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 07

Ioniq 5 di pasaran Malaysia ditawarkan dengan pilihan pek bateri 58 kWj (varian Lite dan Plus) dan 72.6 kWj (varian Max).

Secara teknikal, Ioniq 5 Lite dan Plus dikuasakan oleh motor belakang (RWD) yang menghembus 170 PS dan 350 Nm tork. Ioniq 5 Max pula menggunakan susunan motor depan dan belakang (AWD) yang menjana sehingga 305 PS dan 605 Nm tork.

Jarak pandu (kitaran WLTP) untuk varian Lite dan Plus adalah 380 km. Varian Max pula boleh mencapai 430 km. Varian pacuan roda belakang dengan jarak jauh pula boleh pergi sehingga 480 km tetapi ia tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Kelajuan tertinggi yang boleh dicapai adalah pada 185 km/j.

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 08

Secara amnya, Ioniq 5 menggunakan port mengecas CCS Combo 2 dan kadar pengecasan maksimum AC 11 kW di rumah anda boleh mengecas Ioniq 5 dari 0 - 100% dalam masa 6 jam. Untuk pengecasan pantas DC 50 kW, mengecas dari 10% - 80% boleh diselesaikan dalam masa 47 minit. Dari segi teknikal, Hyundai Ioniq 5 juga menyokong infrastrukur mengecas 400V dan 800V tanpa perlu menambah komponen.

Keselamatan

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 09

Selain kamera 360 darjah, Ioniq 5 turut dilengkapkan dengan ADAS Hyundai SmartSense penuh yang merangkumi ciri:

  • Forward Collision Assist (FCA)
  • Blind Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Reverse Parking Collision-Avoidance Assist (PCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Smart Cruise Control dengan Stop & Go (SCC w/ S&G)
  • Remote Smart Parking Assist (RSPA)
  • Driver Attention Warning (DAW)

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank! 10

Secara standard, pembelian Hyundai Ioniq 5 datang dengan waranti 2 tahun / 50,000 km. Baterinya sendiri disokong oleh jaminan 8 tahun / 160,000 km.

Antara pakej tambahan yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

Pakej tambahan untuk Ioniq 5 di Malaysia
Pakej Harga

Waranti lanjutan 5 tahun / 100k km

Pakej servis 3 tahun / 50k km

Waranti bateri kekal sama

RM 10,000
Pusat mengecas AC 7 kW termasuk pemasangan RM 6,000
Pusat mengecas AC 22 kW termasuk pemasangan RM 7,000

Untuk makluman lanjut, layari www.hyundai.com.my atau segera ke bilik pameran Hyundai yang berdekatan.

Juga bacaHyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia