window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hampir 35% teksi di Korea sekarang adalah EV - Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6 teraju industri

Faisal Β· Sep 3, 2022 02:00 PM

Hampir 35% teksi di Korea sekarang adalah EV - Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6 teraju industri 01

Menurut data dari Kementerian Pengangkutan Korea yang diekstrak oleh carisyou.com, di antara Januari hingga Julai 2022, sebanyak 20,296 buah teksi telah didaftarkan. Dalam jumlah itu, 36.4% (7,394 unit) adalah jenis EV.

Berbanding tahun 2019 sebagai contohnya, bilangan teksi EV yang didaftarkan di sana hanyalah 1,029 unit.

Dalam banyak-banyak model, Hyundai Ioniq 5 merupakan teksi EV paling popular. Untuk 7 bulan pertama 2022, sebanyak 3,453 unit telahpun didaftarkan. Ia diikuti oleh saudara kembarnya iaitu Kia EV6 dengan 2,434 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hampir 35% teksi di Korea sekarang adalah EV - Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6 teraju industri 01

Teksi elektrik ketiga paling popular di Korea pula adalah Kia Niro EV (1,702 unit).

Juga bacaKia Niro akan datang ke Malaysia pada tahun 2023 dan mengapa anda perlu teruja dengannya!

Hampir 35% teksi di Korea sekarang adalah EV - Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6 teraju industri 02

Kalau anda nak tahu, 2 unit Genesis G80 dan 1 Genesis GV70 juga ada didaftarkan tetapi sebagai teksi premium.

Antara sebab kenapa teksi di Korea jenis elektrik makin laku adalah model-model EV sekarang sudah ada jarak pandu yang cukup jauh. Secara purata, pemandu teksi di bandar Seoul memandu sekitar 300 km setiap hari.

Antara faktor yang mendorong penggunaan teksi jenis EV adalah kos bahan api yang boleh dikatakan sifar dan penyelenggaraan yang jauh lebih murah.

Menariknya, majoriti daripada teksi EV (86.8%) di sana dimiliki secara persendirian iaitu oleh pemandu itu sendiri.

Hampir 35% teksi di Korea sekarang adalah EV - Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6 teraju industri 03

Perkara ini agak masuk akal kerana setiap hari, teksi yang dimiliki oleh syarikat akan beroperasi sampai hampir 20 jam melalui shif siang dan malam. Apapun, syarikat teksi di sana masih gemar dengan kereta berenjin yang tiada masalah seperti Hyundai Sonata atau Kia K5.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Korea menawarkan insentif 2 juta Won (~RM 6,700) untuk setiap pembelian teksi EV.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia EV6 GT-Line AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia