window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo

Faisal ยท May 12, 2023 10:00 AM

Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo 01

Ford Ranger Raptor 2023 untuk pasaran Filipina akan dilancarkan pada 18 Mei ini. Menariknya, sumber dari rakan AutoFun PH kami memaklumkan bahawa ia akan dipadankan dengan enjin 2.0L bi-turbodiesel, bukan 3.0L V6 twin-turbo (397 PS, 583 Nm) seperti yang kita dapat.

Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo 02

Jadi, kalau diikutkan, torknya lagi dasyat lah kan? Tidak sama sekali kerana enjin itu hanya ada 4-silinder dan ia hanya menghasilkan 210 PS dan 500 Nm tork. Namun begitu, enjin tersebut akan tetap digandingkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan E-Shifter.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo 01

Berdasarkan Raptor diesel yang ada di pasaran Vietnam, model ini juga tidak ada penyerap hentakan FOX Live Valve Shock seperti yang hadir pada varian V6. Kalau anda nak tahu, sistem suspensi ini boleh melaras sehingga 500 kali setiap saat untuk menyesuaikan dengan permukaan jalan. Sebaliknya, Raptor diesel itu hanya menggunakan penyerap hentakan FOX Performance 2.5 inci.

Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo 02

Dengan menggunakan enjin diesel, sistem bunyi ekzos seperti yang ada pada model V6 juga tidak dilengkapkan. Selain itu, Raptor di Vietnam juga tiada ciri Locking Differential depan. Yang ada hanya untuk gandar belakang.

Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo 03

Untuk bahagian dalam pula, sistem audionya hanya menggunakan susunan 6 pembesar suara, bukan jenis Bang and Olufsen yang ada 10 pembesar suara.

Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo 04

Jadi, bertuah juga rakyat Malaysia kerana Ford Ranger Raptor generasi baharu untuk pasaran kita dapat bermacam-macam jajan dan enjinnya sendiri jauh lebih sedap berbanding pasaran terdekat.

Juga baca2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia!

Sumber dan kredit foto: AutoFun PH

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger Raptor 3.0 Twin-Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda