window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger (T6.2) menjadi model pertama di Malaysia yang mempunyai podcast gaya hidup sendiri!

Zamil Syaheer · Jan 15, 2024 04:00 PM

Ford Ranger (T6.2) menjadi model pertama di Malaysia yang mempunyai podcast gaya hidup sendiri! 01

Sime Darby Auto Connexion, pengedar kenderaan Ford di Malaysia akan menyiarkan podcast bertemakan gaya hidup yang pertama dalam sejarah, berkisar tentang trak pikap 4x4 Ford Ranger T6.2 dan pemiliknya.

Podcast ini, yang diberi nama "Ford Malaysia: Built for Life", akan dimuatnaik di Spotify dan Youtube mulai 28hb Januari 2024.

Ford Ranger (T6.2) menjadi model pertama di Malaysia yang mempunyai podcast gaya hidup sendiri! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebuah produksi Malaysia sejati oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), podcast ini melangkaui naratif konvensional tentang dunia automotif. Selalunya, bila berbicara tentang dunia automotif, kita tidak boleh lari daripada berbincang tentang spesifikasi teknikal dan maklumat yang berkaitan. Podcast "Ford Malaysia: Built for Life" lebih mengfokuskan aspek manusiawi.

Dipersembahkan dalam format penceritaan yang menarik melalui kisah-kisah yang menyentuh hati, temu janji dan pengalaman yang dikongsi, "Ford Malaysia: Built for Life" merungkai kisah dan pengalaman pemilik Ford Ranger dan komuniti Ranger yang bersemangat, memaparkan bagaimana kenderaan ikonik ini telah menjadi teman penting untuk kerja, keluarga, dan bermain.

Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford menambah, "Tajuk podcast baru kami, 'Ford Malaysia: Built for Life', bukan hanya frasa yang menarik. Ia adalah ungkapan mendalam yang mencakupi ikatan abadi antara Ranger dan komunitinya. Ia melambangkan lebih daripada sekadar kenderaan; ia mewujudkan gaya hidup Ranger, merangkumi perjalanan hidup, ketahanan, semangat penerokaan, dan rasa komuniti yang mendalam".

Ford Ranger (T6.2) menjadi model pertama di Malaysia yang mempunyai podcast gaya hidup sendiri! 01

Dikendalikan oleh bekas penyiar radio JJ Fernandez (atau JJ untuk singkatannya), musim pertama "Ford Malaysia: Built for Life" terdiri daripada enam episod, setiap satu menampilkan kisah yang berbeza.

Episod 1 berbicara tentang kelab Ford Ranger Malaysia yang dinamik. Episod 2 menekankan pengalaman pemilik Ford Ranger baru. Episod 3 menampilkan pakar dan veteran sukan bermotor tempatan, Adian Yein.

Personaliti media sosial Namie duduk bersama seorang pakar produk SDAC dalam Episod 4, manakala wartawan automotive veteran Hezeri Samsuri berkongsi pandangannya dalam Episod 5. Episod 6 yang terakhir pula menampilkan seorang pakar dari Ford Performance yang tidak hanya mengawasi reka bentuk dan pembangunan Ford Ranger Raptor tetapi juga terlibat dalam ujian di Baja 1000.

Baca juga: Pertama dalam ASEAN: Ford Ranger 2023 menambah varian Platinum untuk Malaysia - Audio B&O, 'power roller shutter', & banyak lagi!

Ford Ranger (T6.2) menjadi model pertama di Malaysia yang mempunyai podcast gaya hidup sendiri! 02

Setiap episod akan mula bersiaran di Spotify pada hari Ahad, selama enam minggu bermula dari 28hb Januari 2024. Tonton semua episod di saluran Spotify atau YouTube Ford Malaysia.

Baca juga: Minat Ford Ranger 2023 di Malaysia? Ini perbezaan 7 varian termasuk Raptor, RM 98,888 ke RM 259,888

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda