window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN

Mersita Β· Jun 25, 2021 10:00 AM

Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN 01

Hyundai Motor Group dan Grab Holdings Inc. mengumumkan kerjasama syarikat itu yang akan mempercepatkan penggunaan/penerimaan kenderaan elektrik (EV) di rantau ASEAN. Kerjasama ini akan membangunkan lagi penyelesaian baharu yang akan memudahkan pemandu Grab serta rakan penghantarannya untuk penggunaan EV.

Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN 02

Berdasarkan program cubaan penggunaan EV di Singapura, beberapa masalah yang dihadapi oleh pemandu termasuklah kos tinggi, kekurangan tempat mengecas, dan masa menunggu yang lama ketika mengecas. Oleh itu, kerjasama ini akan berfokus kepada penyelesaian masalah-masalah ini menerusi sewaan dan pembiayaan EV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Hyundai merasmikan pembangunan pusat EV baharu di Singapura

Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN 01

Kedua-dua pihak juga akan membangunkan pelan rancangan EV bersama-sama bagi mempercepatkan penggunaannya di Asia Tenggara. Program percubaan ini akan bermula di Singapura pada 2021 sebelum dikembangkan ke Indonesia dan Vietnam.

Baca juga: Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik?

Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN 02

Pelan pembangunan berkenaan termasuklah kajian kebolehlaksanaan EV yang akan dijalankan oleh Grab dan Hyundai. Kajian ini ialah untuk memahami jurang serta cabaran penerimaan dan pemilikan EV secara lebih mendalam, kemudiannya hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk merangka kaedah praktikal bagi membangunkan lagi ekosistem EV.

Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN 03

Kerjasama antara Grab dan Hyundai bermula pada 2018 dan program percubaan EV mereka buat masa sekarang dijalankan di Singapura dan Indonesia. Program percubaan di Singapura melibatkan 200 unit Hyundai Kona EV dalam armada GrabRental, manakala program Indonesia pula menggunakan Hyundai Ioniq dibawah program GrabCar Elektrik di sana.

Baca juga: MARii: Insentif kereta elektrik (EV) yang lebih menarik di Malaysia menjelang Julai 2021!

Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN 04

Grab juga telahpun menyokong inisiatif kerajaan berkaitan EV di negara-negara Asia Tenggara termasuklah bekerjasama dengan SP Group, pengedar gas dan elektrik terbesar milik kerajaan Singapura. Syarikat itu juga melancarkan Electric Vehicle Ecosystem Roadmap di Indonesia.

Baca juga: Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Hyundai Ioniq HEV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia