window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi

Haris ยท Dec 14, 2021 11:00 AM

Honda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi 01

Akhirnya, selepas dilancarkan pada bulan Julai 2021 yang lepas, Honda BR-V generasi kedua kini telah memulakan pengeluaran di kilang PT Honda Prospect Motor Karawang, Indonesia. Model crossover subkompak ini dipasang di samping model Honda City Hatchback pasaran Indonesia yang turut menggunakan enjin 1.5 liter NA L15ZF i-VTEC.

"Hari ini merupakan hari yang istimewa bagi Honda Prospect Motor dimana Honda secara rasminya memulakan produksi All New Honda BR-V di Indonesia. Kami bangga bahwa di seluruh dunia All New Honda BR-V hanya akan diproduksi di Indonesia," ujar Takehiro Watanabe, President Director PT Honda Prospect Motor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi 01

Honda Indonesia bakal memasarkan Honda BR-V generasi baharu ini kepada 30 buah negara serta sasaran pengeluaran untuk tahun pertama adalah 11,000 unit. Antara negara yang menerima Honda BR-V sebelum ini adalah India, Pakistan, Afrika Selatan, Filipina, Mexico dan Thailand.

"Produk ini tidak hanya ditujukan untuk pasaran Indonesia sahaja tetapi juga pasaran antarabangsa dengan rancangan eksport ke lebih dari 30 negara. Hal ini merupakan cabaran terbesar bagi kami untuk memenuhi keseluruhan permintaan dan harapan pelanggan, sekaligus menunjukkan standard tinggi dari kualiti produksi di Indonesia,".

Baca: Harga rasmi didedah, Honda BR-V 2022 serba baharu bermula pada 275.9 juta Rupiah (~RM 80k)

Honda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi 02

Menurut Yusak Billy, pengarah Business, Innovation and Sales & Marketing di PT HPM pula, sambutan untuk Honda BR-V generasi baharu ini sangat menggalakkan, walaupun ketika musim pandemik yang melanda Indonesia. HPM mensasarkan sebanyak 40 ribu unit Honda BR-V terjual untuk pasaran domestik pada tahun 2022 kelak.

"Sejak pertama kali diluncurkan pada bulan September lalu, All New Honda BR-V telah diterima peminat di Indonesia dengan baik, di mana angka tempahan ketika ini telah mencapai lebih dari 2,500 unit. Dengan bermulanya produksi pertama dari All New Honda BR-V hari ini, kami sudah bersedia untuk mengirimkan kenderaan ini pada awal bulan Januari 2022 kepada para pembeli terawal yang telah melakukan tempahan," ujar Yusak.

Honda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi 03

Kiri: Honda BR-V generasi baru. Kanan: Honda BR-V generasi pertama

Honda Indonesia juga mengatakan bahawa komponen tempatan untuk Honda BR-V generasi baharu ini mencecah 80%. Suatu pencapaian yang agak menarik dan mungkin mampu dinobatkan sebagai 'kereta nasional' bagi Indonesia.

Rakyat Malaysia perlu menunggu sedikit lagi sebelum Honda BR-V serba baharu tiba di Malaysia. Kami menjangkakan Honda BR-V generasi kedua akan dilancarkan di Malaysia pada akhir 2022 atau awal 2023, selepas mengambil kira tempoh 12 hingga 18 bulan yang diperlukan untuk pemasangan tempatan (CKD) dan penyesuaian alat ganti tempatan.

Baca: Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda