window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022?

Haris ยท Jul 25, 2021 03:00 PM

Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022? 01

Honda BR-V generasi baru dijangka akan dilancarkan di Malaysia seawal tahun depan. Pelancaran ini berikutan daripada berita mengenai Honda BR-V baru ini akan dilancarkan di Indonesia pada akhir tahun ini.

Menurut laporan Otodriver, pengeluaran akan dimulakan di Indonesia pada bulan Disember 2021. Selain itu, Honda BR-V serba baru ini juga bakal dipasang di Malaysia dan India.

Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022? 02

Imej paten Honda BR-V baru

“BR-V generasi baharu hanya akan dibuat di Indonesia, India dan Malaysia. Malaysia akan membawa unit CKD (Complete Knocked Down) dari Indonesia," menurut sumber yang tidak mahu dikenali itu kepada portal OtoDriver.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Mengenai peluncuran di Indonesia, ia dijangka akan berlaku pada akhir tahun ini dengan produksi akan bermula pada bulan Disember 2021," tambahnya.

Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022? 01

"Indonesia akan menjadi hub bagi Honda BR-V generasi baru. Ia akan berfungsi sebagai hab eksport ke pasaran Thailand, Filipina, Mexico dan Afrika Selatan.

"Selain itu, model pasaran India yang akan datang selepas Indonesia berkemungkinan akan ditawarkan dengan pilihan enjin diesel." ujar sumber itu lagi.

Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022? 02

Honda BR-V generasi pertama sekarang dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.5-liter i-VTEC (120 PS, 145 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi automatik CVT. Berdasarkan pemerhatian awal, spesifikasi ini akan terus dikekalkan untuk Honda BR-V generasi baru.

Harga Honda BR-V bermula antara RM 86,726 hingga RM 93,420, tanpa SST. Namun, Honda BR-V generasi kedua serba baru dijangka akan menampilkan Honda Sensing justeru tidak realistik untuk mengharapkan harga kekal sama.

Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022? 03

Rekaan Honda N7X Concept yang digembar-gemburkan sebagai Honda BR-V generasi kedua ini juga direka dengan bentuk SUV berbanding generasi terdahulu. Adakah model SUV 7-penumpang ini bakal meningkatkan minat terhadap Honda BR-V? Sama-sama kita nantikan!

Bacaan Lanjut:

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V!

Honda Elevate sudah ditanda-dagang, pengganti BR-V dah ada nama rasmi?

Spyshot: Gambar paten Honda BR-V didedah! Mirip sangat dengan Honda N7X Concept?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda