window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic 2022 serba baru ada benda unik tersembunyi sebagai ‘tribute’ kepada Civic pertama

Zamil Syaheer · Jun 1, 2021 04:00 PM

Honda Civic 2022 serba baru ada benda unik tersembunyi sebagai ‘tribute’ kepada Civic pertama 01

Semua orang suka apabila pengeluar kereta meletakkan beberapa benda unik tersembunyi didalam kereta (Easter Egg), dan Honda Civic generasi ke-11 serba baru mempunyai satu penghormatan yang indah dalam interiornya.

Menurut catatan dari Civic 11 Forum, ahli forum itu menemui templat kertas dari Civic generasi pertama 1972 yang dicetak pada tempat simpan duit syiling kecil dari konsol tengah. Comel kan?

Juga baca: RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic 2022 serba baru ada benda unik tersembunyi sebagai ‘tribute’ kepada Civic pertama 01

Imej daripada Civic 11 Forum.

Namun, jangan pula anda bersemangat nak buka kesemua trim interior FE Honda Civic baru apabila tiba di sini. Pengguna yang menemui benda unik tersembunyi ini berada di Kanada, di mana mereka menerima model spesifikasi Amerika Utara buatan Kanada.

Besar kemungkinan, Civic untuk pasaran Asia tidak akan ada benda unik sebegini. Perincian sedemikian mungkin akan hilang dalam proses penyetempatan alat ganti atau pengeluaran tidak akan mempunyai masa untuk menghasilkan benda sebegini.

Juga baca: Honda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!

Honda Civic 2022 serba baru ada benda unik tersembunyi sebagai ‘tribute’ kepada Civic pertama 02

Ini bukan kali pertama pereka Honda memberi perincian unik yang tersembunyi kepada peminat Honda. Pendahulunya (model pasaran AS) mempunyai mural terperinci mengenai sejarah luar biasa Honda yang dicetak di bawah tikar tumpahan getah konsol tengahnya.

Juga baca: Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022!

Honda Civic 2022 serba baru ada benda unik tersembunyi sebagai ‘tribute’ kepada Civic pertama 03

Imej daripada Reddit.

Dari apa yang dikumpulkan oleh netizen, bukan hanya satu mural, tetapi ada empat jenis mural yang berbeza.

Mural ini menampilkan semua pencapaian teknikal hebat Honda - motosikal RC166 yang dominan, McLaren-Honda MP4/5B Ayrton Senna, kereta RA106 F1 Jensen Button, kereta sport S800, motosikal NS500, ASIMO, kereta F1 RA272, dan kereta lumba Curtiss milik Soichiro Honda. Keempat-empat reka bentuk mural ini berkongsi gambar Honda Jet.

Honda Civic 2022 serba baru ada benda unik tersembunyi sebagai ‘tribute’ kepada Civic pertama 04

Imej daripada Reddit.

Siapa tahu, jika ini terbukti cukup popular untuk berkembang menjadi tema konsisten pada model akan datang, Honda mungkin akan memasukkan lebih banyak benda unik tersembunyi ke dalam model yang akan datang. Mungkin juga di peringkat global. Peminat Honda boleh cuba berharap.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda