window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE 2022 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi – kantoi semasa penggambaran iklan

Zamil Syaheer · Oct 5, 2021 11:59 AM

Honda Civic FE 2022 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi – kantoi semasa penggambaran iklan 01

Nampaknya Honda Civic FE 2022 makin hampir untuk debut di pasaran Indonesia. Baru-baru ini, sekilas imej varian spesifikasi RS dilihat di jalan raya semasa penggambaran iklan.

Imej yang dikongsi di laman Instagram Indra Fathan menunjukkan beberapa Civic RS dengan warna Ignite Red di belakang sebuah kereta kamera.

Honda Civic FE 2022 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi – kantoi semasa penggambaran iklan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penampakan ini menimbulkan spekulasi bahawa Civic serba baru akan dilancarkan di Indonesia sebelum akhir tahun ini.

Honda Civic pertama kali dilancarkan di Thailand pada awal Ogos dan menampilkan tiga varian, bermula dengan EL hingga ke RS teratas seperti yang dilihat di sini.

Harga Honda Civic FE di Thailand
Varian Harga (THB) Harga (RM)
EL 964,900 122,066
EL+ 1,009,900 127,759
RS 1,199,900 151,795

Kesemua varian Civic generasi FE menggunakan enjin 1.5 liter 4-silinder berpengecas turbo yang menghasilkan 178 PS dan 240 Nm. Jika dibandingkan dengan output Civic generasi FC (173 PS, 220 Nm), terdapat peningkatan sebanyak 5 PS dan 20 Nm pada Civic generasi FE.

Enjin VTEC Turbo ini terus dipadankan ke transmisi jenis CVT, menghantar kuasa ke roda depan.

Juga baca: Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k!

Honda Civic FE 2022 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi – kantoi semasa penggambaran iklan 01

Sebagai tambahan kepada peningkatan kuasa dan tork, Civic FE juga menerima kemas kini untuk Honda Sensing ADAS, menambah Lead Car Departure Notification (LCDN).

Sistem LCDN menggunakan radar gelombang milimeter untuk mengesan kereta di hadapan bergerak dari keadaan statik ketika situasi trafik jalan dan berhenti, memberitahu pemandu dengan isyarat audio dan visual jika pedal pemecut tidak ditekan.

Honda Civic FE 2022 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi – kantoi semasa penggambaran iklan 02

Fungsi LCDN menambah lagi ciri kepada Honda Sensing, termasuk:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation (CBMS)
  • Active Cruise Control (ACC) with Low-Speed Follow (LSF)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)

Di Malaysia, pengenalan Civic FE terpaksa ditangguhkan melebihi jangka masa asal pelancaran Q1 2021 akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Juga baca: Honda Civic FE 2022 lagi hebat daripada Civic FC sebab ciri Honda Sensing ini!

Honda Civic FE 2022 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi – kantoi semasa penggambaran iklan 03

Adakah Honda Malaysia bakal melancarkannya sebelum hujung tahun ini?

Honda City Hatchback, sebaliknya, yang sepatutnya diperkenalkan pada Q2 tahun ini, mungkin masih dalam perjalanan untuk debut tahun 2021.

Juga baca: Honda Civic, HR-V terpaksa ditangguh, tapi City Hatchback sah masuk Malaysia tahun 2021!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda