window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda memintas Toyota dalam jualan hibrid di Thailand untuk tahun 2023; HR-V e:HEV paling popular!

Zamil Syaheer Ā· Jan 25, 2024 10:00 AM

Honda memintas Toyota dalam jualan hibrid di Thailand untuk tahun 2023; HR-V e:HEV paling popular! 01

Honda mendahului Toyota dalam jualan hibrid di Thailand untuk tahun 2023 dengan jumlah sebanyak 48,208 unit antara Januari dan Disember, sambil merebut bahagian pasaran sebanyak 27 peratus dalam segmen jualan hibrid di sana.

Model hibrid yang paling popular di Thailand adalah Honda HR-V e:HEV, yang meraih jualan sebanyak 23,631 unit, diikuti oleh 9,121 unit Civic e:HEV, dan akhirnya CR-V e:HEV yang mencatatkan jualan sebanyak 8,921 unit walaupun hanya dijual pada penghujung Mac 2023.

Varian hibrid Honda City sedan, hatchback dan Honda Accord 2.0 e:HEV masing-masing menyumbang sebanyak 6,535 unit kepada jumlah jualan akhir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda memintas Toyota dalam jualan hibrid di Thailand untuk tahun 2023; HR-V e:HEV paling popular! 01

Tiga model hibrid utama Honda menewaskan model pesaing dari Toyota, terutamanya Corolla Cross Hybrid, Corolla Altis Hybrid dan Innova Zenix Hybrid.

Menurut laporan berasingan oleh Headlight Mag, model-model hibrid Honda juga berjaya meraih jualan yang padu di Thailand dengan jumlah sebanyak 94,336 unit pada tahun 2023 berbanding 82,842 unit pada tahun 2022.

Baca juga: Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand!

Honda memintas Toyota dalam jualan hibrid di Thailand untuk tahun 2023; HR-V e:HEV paling popular! 02

Bagaimanapun, Toyota masih memimpin secara keseluruhan di Thailand, dengan 265,949 unit dijual pada tahun 2023, termasuk jualan kenderaan komersial seperti Hilux dan Hiace - segmen yang tidak bersaing dengan Honda. Isuzu (dengan 151,935 unit jualan) menduduki tempat kedua, diikuti oleh Honda pada tempat ketiga mengikut laporan yang sama.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda