window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba?

Khairil · Apr 9, 2021 10:00 AM

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 01

Ketika pertama kali dilancarkan pada 2016, Honda RS150 sememangnya dicipta untuk menyaingi 'YSuku' dan selepas menjalankan tugas itu dengan baik selama beberapa tahun, versi kedua RS150 V2 dilancarkan pada awal tahun lalu.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 02

Antara perubahan yang dibuat oleh Boon Siew Honda (BSH) untuk V2 adalah rekaan lampu belakang serba baharu, penggunaan panel meter digital penuh LCD, tiada 'kick starter' dan beberapa lagi naik taraf kosmetik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 01

Ia hadir pada tanda harga RM 8,199 untuk pilihan warna (Trico, Black & Blue) dan untuk edisi khas iaitu Repsol Edition, harganya lebih tinggi sedikit pada RM 8,499. Sebagai perbandingan, Yamaha Y15ZR V2 pada pertengahan 2019 ketika dilancarkan datang dengan harga RM 8,168.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 02

Ketika pelancaran RS150 V2, ramai peminat jenama berkenaan di negara ini sebenarnya mengharapkan BSH membawa masuk satu lagi model 'Super moped' hangat iaitu Winner X yang dijual di pasaran Vietnam.

Tetapi, harapan itu hanya tinggal impian dengan BSH mendakwa mereka mempunyai alasan tersendiri.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 03

Begitupun, selepas pelancaran model terbaharu Yamaha Y16ZR dan perlaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bermula 1 April lalu, harga RS150 V2 akhirnya dilihat menyusut ke tahap paling rendah.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 04

Sebagai info, di bawah PEMERKASA, motosikal Pemasangan Tempatan (CKD) dengan kapasiti enjin 150 cc ke bawah akan dikecualikan duti eksais 100 peratus bermula 1 April hingga hujung tahun ini.

Berdasarkan penelitian yang dibuat di laman web jual beli popular tanah air, ada kedai yang mengiklankan Honda RS150 V2 pada harga cukup rendah iaitu RM 7,200 (tunai, atas jalan) bersama insuran dan cukai jalan.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 05

Begitupun, untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai harga berkenaan, anda perlu menghubungi atau pergi ke kedai yang mengiklankan motosikal itu pada harga berkenaan kerana masih ada kedai yang menjual pada tanda harga lebih mahal iaitu melangkaui RM 8,000.

Apapun, jika penyusutan harga itu hanya disebabkan oleh perlaksanaan program PEMERKASA semata-mata, ironinya harga YSuku tetap tidak jatuh.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 06

Justeru, ada beberapa lagi sebab yang logik mengapa harga RS150 V2 ini jatuh 'kaw-kaw' antaranya cara Honda untuk 'mengacau' pasaran Y16ZR atau tarikh pelancaran satu lagi model moped hangat, Honda Winner X semakin menghampiri.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 07

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 08

Honda Winner X

Melihat kepada spesifikasi RS150 V2 iaitu enjin bersesaran 149.16 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, DOHC, Penyejuk Cecair yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, 15.6 PS pada 9,000 rpm dan 13.5 Nm tork pada 6,500 rpm, ia jelas satu pembelian yang amat berbaloi. Selain itu, reka bentuknya juga masih 'hensem'.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 09

Sebagai tambahan, selepas dilancarkan di pasaran Vietnam pada pertengahan 2019, Honda Winner X masih belum tiba di mana-mana pasaran Asean dan supaya ia 'tidak basi', ramai yang menjangkakan ia akan tiba pada tahun ini termasuk di Malaysia.

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba? 10

Sejurus pelancaran skuter yang paling dinanti-nantikan, Honda ADV 150 pada Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Yoshitaka Nakamura juga memberi petanda mengenai kehadirannya selepas berulang kali menyatakan sesuatu yang amat mengujakan iaitu 'tidak lama lagi'.

Apapun, penurunan harga Honda RS150 V2 ini harus dilihat sebagai rahmat kepada sesiapa yang berhasrat untuk mendapat sebuah motosikal dalam kelas 'Super moped', dari jenama Jepun kerana jelas, ia satu pilihan yang amat berbaloi.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda