window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai perkenalkan Clusterless HUD – bakal merubah sistem kluster instrumen pada kereta akan datang

Faisal · Jul 1, 2021 09:00 AM

Hyundai perkenalkan Clusterless HUD – bakal merubah sistem kluster instrumen pada kereta akan datang 01

Dengan pembangunan teknologi automobil yang begitu pesat, tidak mustahil kalau kluster instumen digital digabungkan sekali dengan head-up display. Baru-baru ini, Hyundai telah memperkenalkan Clusterless HUD. Ciptaan dari Hyundai Mobis ini khas buat sistem pemanduan autonomi dan kenderaan elektrik (EV).

Bagi anda yang belum tahu, Hyundai Mobis adalah pembekal alat dan komponen buat Hyundai Motor Group. Selama ini, mereka membekalkan head-up display (HUD), kluster instrumen digital (Full D-Cluster), dan Surround View Monitor (SVM) untuk kenderaan Hyundai, Genesis, dan Kia.

Hyundai perkenalkan Clusterless HUD – bakal merubah sistem kluster instrumen pada kereta akan datang 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandang HUD dan Full D-Cluster dibekalkan oleh syarikat yang sama, tidak hairanlah kalau kedua-duanya digabungkan sekali.

Maka itu, terhasillah Clusterless HUD. Untuk maklumat anda, ia menggabungkan fungsi kluster instrumen dan head-up display sekaligus. Jadi, maklumat penting seperti kelajuan kenderaan dan putaran enjin dapat dilihat pada paras mata pemandu.

Hyundai perkenalkan Clusterless HUD – bakal merubah sistem kluster instrumen pada kereta akan datang 01

Bahagian dalam pada Ioniq 5. Bayangkan kluster instrumen tiada.

Selain itu, maklumat mengenai infotainment, navigasi, dan ADAS turut diberitahu pada paparan tersebut. Menurut Hyundai Mobis, kesemua informasi diletakkan di tempat yang khusus supaya pemandu dapat kenal pasti dengan sekilas pandang.

Hyundai perkenalkan Clusterless HUD – bakal merubah sistem kluster instrumen pada kereta akan datang 02

Dengan adanya teknologi ini, kluster instrumen yang ada di belakang roda stereng selama ini tidak diperlukan lagi. Apa yang perlu hanyalah paparan bersaiz 15 inci tetapi simbol penunjuk seperti lampu isyarat akan tetap berada di lokasi kluster instrumen.

Hyndai Mobis turut menjelaskan bahawa menggugurkan kluster instrumen bukan setakat memberikan ruang yang lebih luas, malah ia juga mengurangkan berat kereta tersebut. Secara tidak langsung, jarak pemanduan dapat dipertingkatkan.

Hyundai perkenalkan Clusterless HUD – bakal merubah sistem kluster instrumen pada kereta akan datang 03

Buat masa ini, syarikat itu telahpun mendaftar paten Clusterless HUD di pasaran besar seperti Amerika, China, Jerman, dan juga Korea. Teknologi ini dijangka membuat debut pada Hyundai Ioniq yang seterusnya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Hyundai Ioniq HEV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda