window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V

Faisal · Aug 16, 2023 10:24 AM

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 01

Sebagai pesaing kepada SUV kompak berkuasa turbo macam Honda HR-V dan Proton X50, Mitsubishi Xforce dilihat seperti kekurangan kuasa kerana ia hanya menggunakan enjin 1.5L NA.

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 02

Tetapi menurut Hiroshi Nagaoka selaku Timbalan Presiden Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dalam sesi soal jawab di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2023, ini hanya di atas faktor keperluan pembeli untuk pasaran ASEAN.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 01

Jelasnya, “Enjin ini diambil dari Xpander dan nadi ini diterima ramai oleh pembeli di ASEAN, nadi ini tiada isu langsung dari segi kuasa. Mungkin ia tidak berkuasa macam Honda tetapi pada kelajuan rendah, torknya sudah mencukupi”.

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 02

“Memandangkan pemanduan di pasaran ASEAN banyak tertumpu pada kawasan trafik, karakter enjin 1.5L NA sebenarnya cukup ideal dengan penggunaan tersebut. Disebabkan inilah kami mengambil keputusan untuk menggunakan enjin Xpander dan menala semula untuk digunakan pada SUV ini”.

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 03

Kalau anda nak tahu, sewaktu Xforce dibangunkan, antara keutamaan yang ditekankan adalah tahap keselesaan berbanding prestasi.

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 04

“Suspensi terlalu lembut sebenarnya tidak bagus untuk lebuh raya. Mengimbangkan suspensi lembut dan tahap kestabilan adalah kunci untuk pasaran ASEAN”, kata Nagaoka.

Selain enjin sama (105 PS, 141 Nm), Xforce juga dibangunkan berdasarkan platform Xpander yang diolah semula.

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 05

Sama seperti kereta 7 tempat duduk itu, Xforce hanya ditawarkan dengan pacuan roda depan (FWD) walaupun ia ada mod memandu bak kereta 4WD seperti Normal, Wet, Mud dan Gravel.

Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V 06

Bagi anda yang belum tahu, SUV ini akan tembus pasaran ASEAN yang lain seperti Malaysia. Di Indonesia, Xforce hadir dengan varian Exceed dan Ultimate, masing-masing pada harga 382.5 juta IDR (~RM 115k) dan 419.1 juta IDR (~RM 126k).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2024 Mitsubishi Xforce 1.5L 2WD CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda