window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang?

Haris · Aug 28, 2022 11:59 AM

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 01

Sesiapa sahaja yang dilihat menggunakan Subaru XV memang layak dipuji kerana "demo" memang "kenal bare". Mana kan tidak, dalam pasaran yang dipenuhi dengan Proton X50, Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross, sukar untuk menjustifikasikan penawaran Subaru XV.

Model facelift hadir pada penghujung tahun lepas mengatasi kekurangan terbesar sebelum ini dengan penawaran sistem bantuan termaju ADAS Subaru EyeSight dalam semua varian. 

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga bermula dari RM 139,788 hingga RM 146,788 (berdasarkan laman subaru.asia/my) di mana perbezaan ketara adalah pada kit badan GT Edition yang memberikannya rupa agresif.

Baca: Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight!

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 01

Namun setelah mencubanya, ini adalah beberapa kelebihan dan kekurangan yang patut anda pertimbangkan sebelum memilih SUV di luar arus perdana ini.

Kelebihan:

  • Trenkuasa lancar, pemanduan sofistikated
  • Crossover sejati dalam pasaran, siap AWD
  • Sarat dengan ciri kelengkapan, beserta ADAS

Kekurangan:

  • Kekurangan ruang
  • Tiada penyaman udara belakang
  • Minyak parap

Kelebihan #1: Trenkuasa lancar, pemanduan sofistikated

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 02

Enjin Boxer rata merendahkan pusat graviti kereta, meningkatkan kelincahan

Tiada turbo, tiada masalah. Transmisi CVT juga bukan penghalang. Subaru XV memang terkenal dengan pemanduannya walaupun dengan enjin yang menghamburkan 156 PS dan 196 Nm. Ia memberi keseimbangan, sesuatu yang menyenangkan dan tidak mengganggu perasaan dengan prestasi yang bukan-bukan.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 03

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 04

Enjin Boxer 4-silinder rata yang kompak memang senyap, dan berfungsi dengan baik menggunakan kotak gear Lineartronic yang ditala untuk memberi respons lebih awal tetapi tetap lancar.

Meletakkan kaki pada pedal juga terasa mudah tanpa sebarang gangguan atau ngauman enjin yang janggal.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 05

Semua ini dilengkapi lagi dengan penebat bunyi yang terbaik dan pemanduan yang sangat lembut. Cara ia dikendalikan adalah kelebihan terbesarnya tetapi dari segi keselesaan, Subaru XV masih mampu menyerap keadaan jalan bergelora lebih baik daripada pesaing konvensional yang lain.

Kelebihan #2: Crossover sejati dengan pacuan AWD

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 06

Platform Subaru Global (SGP) yang cemerlang menyokong crossover ini. Seperti kebanyakan model dalam katalog jenama itu, Subaru XV juga dilengkapi dengan sistem pacuan Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) yang mantap.

Apa yang menjadikan Subaru, sebuah Subaru sejati ialah pacuan AWD yang hanya mampu dihasilkan oleh jenama ini.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 07

Dual X-Mode menambah mod Snow/Dirt dan Deep Snow/Mud. Tetap berguna dalam keadaan jalan tertentu di Malaysia

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 08

Roda 17-inci 5 kelopak GT Edition

Dalam terma yang lebih praktikal, spesifikasi ini boleh diterjemahkan kepada cengkaman yang lebih baik semasa keadaan jalan raya yang kurang ideal. Kebanyakan model pesaing hanya dipacu roda hadapan yang pada standard sekarang, mencukupi namun kemampuannya tak setanding Subaru XV sekiranya situasi pemanduan yang lebih mencabar terpaksa dihadapi. 

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 09

Punca pengendalian yang hebat

Ia bukan sekadar satu komponen sahaja. Gabungan beberapa komponen yang mantap, termasuk stereng yang tepat, pusat graviti yang lebih rendah, dan suspensi multi-link di belakang sama-sama membentuk dinamik pemanduannya. Pemilihan suspensi ini juga khas pada Subaru XV di mana ia merupakan satu-satunya kereta dalam kalangan pesaing segmen yang menggunakan multi-link.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 10

Sudah tentu, terdapat kelebihan yang boleh digunapakai dalam pemanduan dunia sebenar tetapi ia juga meyakinkan secara psikologi untuk mengetahui bahawa SUV yang anda miliki benar-benar boleh melakukan aksi 'Sport Utility' seperti keluar dari lubang yang sedikit dalam, atau sekadar pergi ke hutan pada hujung minggu tanpa perlu menyewa kenderaan lain.

Kelebuhan #3: Sarat dengan ciri kelengkapan, beserta ADAS

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 11

Tempat duduk kulit untuk varian atas. Varian rendah mendapat upholsteri fabrik

Adalah benar anda membayar harga yang lebih tinggi, setinggi sebuah SUV satu segmen atas berbanding kebanyakan pesaing dalam segmen yang sama. Namun, Subaru XV menawarkan pakej kelengkapan yang lebih menarik seperti tempat duduk pemandu 8 arah, boleh laras kuasa dengan memori, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta pemanduan pemilih mod.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 12

EyeSight uses a stereo-camera setup

Pada hemat kami yang sudah mencuba pelbagai ADAS dari pelbagai jenama, tiada yang lebih baik berbanding suite keselamatan aktif EyeSight (ADAS) oleh Subaru. Kali ini didatangkan standard, terdapat fungsi-fungsi biasa seperti:

  • Pre-collision braking
  • Adaptive cruise control dengan stop & go (0-180 km/j)
  • Pre-collision throttle management
  • Lead vehicle start alert
  • Lane sway warning
  • Lane departure warning

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 13

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 14

Monitor di bahagian atas papan pemuka membaca angka vital kenderaan

Apa yang menjadikan EyeSight sebagai ADAS terbaik adalah jurutera Subaru telah mengkalibrasi perisian ini di mana ia sangat sesuai untuk jalanraya di Malaysia. Dengan kombinasi trenkuasa yang lancar, Subaru XV melancarkan fungsi kawalan pelayaran adaptif tanpa rasa tersengguk kerana kesemua komponen seperti brek letak kereta elektronik (EPB) yang berfungsi dengan baik.

Malah, tombol dan suis kesemuanya memudahkan pemandu dengan hanya menekan satu butang atau menekan pedal pecutan sedikit, tidak seperti Toyota Corolla Cross Hybrid yang perlu diaktifkan semula dalam navigasi menu yang leceh.

Con #1: Kekurangan ruang

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 15

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 16

Setakat ini, kelemahan terbesar pada Subaru XV adalah ruangnya. Walaupun dibangunkan pada platform SGP yang juga ada menjadi asas kepada SUV segmen C, pakej ruangnya agak terhad.

Baca: Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada!

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 17

Tinggi 178 cm, hanya mampu muat 1 bola tenis ruang kepala, 2 untuk ruang kaki

Ruang di baris kedua hanya cukup untuk 2 orang dewasa, dengan ruang kaki sederhana tetapi ruang kepala terasa sempit mengikut standard. Jika keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli mungkin mendapati ini menjadi masalah (terutamanya jika ada ahli keluarga yang tinggi). Malah, masalah ini berlaku sebelum sebarang bagasi terlibat.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 18

Itu je

Ruang kargo juga antara isu besar (atau kecil di sini?), dengan hanya 385 liter untuk memuatkan kargo, ternyata ruang bahagian belakang Subaru XV jauh lebih kecil berbanding Corolla Cross dan HR-V masing-masing berkapasiti 440 dan 437 liter.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 19

Bukaan kecil dan tinggi menyukarkan tugas memuatkan barang

Jarak kelegaan bukaan but juga agak tinggi lantas menyukarkan kerja-kerja muatan barang. Namun jika anda membeli crossover ini bagi tujuan gaya hidup aktif, ia tidak lari dari tujuan asal tersebut kerana mengangkat muatan untuk dimasukkan ke ruangan but ini terasa seperti suatu latihan yang mengeluarkan peluh. 

Cons #2: Tiada corong penyaman udara belakang

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 20

Kosong

Ternyata kebanyakan kekurangan Subaru XV berkisar di dalam kabinnya. Yang pertama adalah ruang dan yang kedua ialah ketiadaan ventilasi penghawa dingin belakang. Ciri ini makin sukar untuk diabaikan kerana setiap pesaing utama dalam segmen ini datang bersama penyaman udara belakang. Malah, MPV 7-penumpang segmen B juga sudah menawarkan keselesaan ini.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 21

Sebagai saguhati, bahagian hadapan mendapat penyaman udara dwi-zon, tetapi ini menjadikannya lebih kepada pemandu-sentrik berbanding menitik beratkan keselesaan kesemua penumpang. Hal ini boleh didebatkan kerana Subaru XV tidak disasarkan untuk keluarga, lebih kepada pasangan muda atau individu yang menggemari aktiviti lasak.

Kekurangan #3: Minyak kuat

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 22

Ada satu pengorbanan besar sekiranya anda mahukan kesemua kesempurnaan mekanikal yang mengagumkan ini. Ia dibayar dengan komoditi yang dipanggil emas hitam, dalam bentuk kadar penggunaan minyak yang tinggi.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 23

Subaru XV mencatatkan sehingga 9 liter / 100km bagi pemanduan antara bandar dan lebuh raya. Ia berada di paras yang tinggi sedikit kerana standard kenderaan berjenama Jepun mencatatkan kadar penggunaan yang lebih rendah. Oleh itu ia mengejutkan bagi pengguna yang beralih dari model picisan tetapi pemilik dengan kenderaan yang sedap dipandu, ini adalah perkara biasa.

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 24

Malah, Proton X50 juga mencatatkan 10.2 liter/100 km tetapi mengikut piawaian pasaran, model seperti Honda HR-V (7 liter/100 km), dan Toyota Corolla Cross Hybrid (5.7 liter/100km) lebih menyelamatkan poket dengan kos pemilikan keseluruhan yang lebih rendah.

Konklusi: Ia sepatutnya coupe dengan 2-tempat duduk

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 25

Kesemua ciri-ciri yang disenaraikan dan dibincangkan sebenarnya sangat berbaloi untuk sebuah coupe 2-pintu berbanding sebuah SUV segmen B. Hal ini kerana sekiranya ia tampil sebagai sebuah model coupe 2-pintu, tentunya harga RM 150k tersebut automatik terasa berbaloi. 

Kebaikan & Keburukan: 2022 Subaru XV facelift - pemanduan sofistikated tapi kompromi ruang? 26

Pemanduan yang sedap tidak akan hadir pada harga yang rendah. Malah, sukar untuk menggambarkan dinamik pemanduan Subaru XV ini melainkan anda berkesempatan untuk merasainya. Dalam hal ini, pandu uji adalah disyorkan dan jangan sekadar membuat penilaian melalui bacaan dan pemerhatian kerana ia ternyata lebih dari itu.

Baca: Spyshot: 2023 Subaru XV generasi baharu guna enjin 'Boxer' 1.5 turbocaj, lampu belakang 'sepit ketam'?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda