window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer?

Haris · Jan 17, 2021 04:00 PM

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 01

Subaru XV

Subaru XV adalah antara model Subaru paling laris di Malaysia. Hal ini kerana ia merupakan sebuah model pengenalan (entry level) bagi mereka yang teringin merasai enjin boxer pada harga yang mampu milik.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 02

Tiada masalah. Foto: Subaru XV Club Malaysia

Subaru XV adalah sebuah crossover dalam kelasnya yang tersendiri. Enjin boxer dan sistem Symmetrical AWD adalah antara 2 ciri mekanikal yang premium dan sangat memuaskan pada sebuah jentera Subaru.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 03

Foto oleh Subaru XV Club Malaysia

Hanya jauhari yang mengenal manikam, mereka yang pernah merasai enjin boxer pastinya tidak dapat melupakan keenakan pemanduan sebuah Subaru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak dapat dinafikan, reputasi kendalian yang mantap pada jentera Subaru sememangnya membuatkan anda teringat-ingat. Kepada mereka yang dimaksudkan, ini adalah sedikit panduan membeli Subaru XV secara terpakai!

Generasi Subaru XV

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 01

Perhatikan bahagian depan yang lebih 'kosong'. Foto: Subaru XV Club Malaysia

Subaru XV generasi pertama (gambar atas) adalah model CKD dari kilang pemasangan Tan Chong Motor Assemblies di Segambut. Dilancarkan pada tahun 2013, model pertama ini masih mengekalkan asas rekaan yang sama seperti yang dapat dilihat sekarang.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 02

Model 2016 dengan lampu DRL berbentuk L

Pada tahun 2016, Subaru XV telah menerima facelift pertama dengan sedikit peningkatan harga. Dari segi luaran, ia dapat dikenali dengan gril berbentuk silang dan lampu DRL berbentuk L.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 03

Generasi kedua. Foto: Subaru Setia Alam

Model Subaru XV yang ada sekarang adalah model generasi kedua tahun 2018. Model ini dapat dikenalpasti melalui gril heksagon yang lebih menarik. Tambahan varian pada generasi kedua pula berlaku pada tahun 2019 dengan varian Subaru XV GT Edition.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 04

Model Subaru XV GT Edition

Oleh yang demikian, kami ingin memfokuskan panduan membeli ini terhadap model generasi pertama CKD yang keluar pada tahun 2013 - 2016.

Masalah Subaru XV generasi 1

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 05

Kami merujuk pakar Subaru, SBR Technic Sdn Bhd mengenai masalah yang selalu dialami oleh model ini.

Masalah pertama adalah masalah enjin di mana enjin ‘memakan’ minyak hitam. Lampu ‘low engine oil’ akan menyala walaupun baru sahaja melakukan servis. Hal ini berlaku disebabkan oleh piston rail ring bahagian bawah tidak dapat mengembang.

Kos bagi menyelesaikan masalah ‘makan’ minyak enjin ini mencecah harga sebanyak RM 5k.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 06

Foto: SBR Technic

Selain daripada masalah enjin makan minyak, masalah Subaru XV adalah pada transmisi CVT. Asasnya, ia adalah masalah pada komponen solenoid dalam transmisi tersebut tetapi komponen tersebut tidak dijual secara berasingan.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 07

Foto: SBR Technic

Hal ini memerlukan pemilik untuk menukar kotak gear secara keseluruhan dengan kos sebanyak RM 2k untuk komponen halfcut dan mencecah hingga RM 5k untuk ganti baru.

Penyelenggaraan Subaru XV

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 08

Foto: Subaru Setia Alam

Faktor kos penyelenggaraan yang biasa adalah pada bahagian haus dan lusuh seperti lower arm bushing, wheel bearing, driveshaft, brake pad, minyak pelincir dan minyak enjin. Jangkakan harga yang setara dengan jenama Jepun lain di dalam kelasnya.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 09

Foto: Subaru XV Club Malaysia

Selain dari itu, beberapa kos tambahan perlu diperhatikan kerana Subaru XV menggunakan sistem pacuan semua roda (Symmetrical AWD). Berikut adalah beberapa aspek yang boleh diperhatikan:

  • Bahagian rear differential memerlukan penukaran minyak pelincir
  • Tukar tayar perlu serentak keempat-empat tayar

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 10

Foto: The Subarist

Seorang pemilik mendakwa major servis pada jarak perbatuan 40,000 km boleh mencecah RM 1.1k justeru kos tersebut perlu diambil kira kerana ia berada pada julat kos yang agak tinggi.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 11

Foto: The Subarist

Akhir sekali, penggunaan minyak juga tinggi pada enjin boxer ini malah ujian kami pada model Subaru XV GT Edition terbaru mendapati penggunaan minyak adalah sebanyak 10 liter / 100 km.

Tinjauan kereta terpakai

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 12

Model Subaru XV terpakai boleh didapati pada harga serendah RM 40k. Dengan caj-caj tersembunyi yang dikenakan oleh pengusaha kereta terpakai, lebih selamat untuk menyatakan bahawa model Subaru XV boleh didapati pada harga sekitar RM 50k.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 13

Ketika pelancarannya pada tahun 2013, harga permulaan ditetapkan pada RM 139,800. Hal ini bermakna Subaru XV cuma mengekalkan sekitar 35% nilai harganya selepas 9 tahun.

Penutup

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 14

Tak main-main. Foto: Subaru XV Club Malaysia

Tidak salah memilih Subaru jika anda meminatinya. Kami yakin, pembaca yang membaca panduan ini tentu pernah merasai keenakan enjin Boxer dan dinamik pemanduan Subaru yang sangat bagus.

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer? 15

Kekurangan model Subaru XV tetaplah faktor kewangan yang sedikit tinggi dalam memeliharanya. Ia tidaklah begitu mahal seperti membela kereta conti tetapi jika anda selalu menggunakan kereta Jepun sebelum ini, jangkakan ia sedikit mahal daripada harga yang selalu anda bayar.

Subaru XV gallery

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda