window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50!

Haris · Aug 27, 2020 06:00 PM

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 01

Subaru XV bersama-sama dengan Subaru Forester adalah 2 model yang paling banyak dijual oleh Subaru. Tahukah anda, kedua-dua SUV ini berada dalam kelas yang sama? Ya, kedua-dua SUV yang disasarkan untuk 2 kumpulan pasaran yang berbeza adalah dari kelas yang sama iaitu SUV segmen C.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 01

Namun begitu, Subaru XV tidak disasarkan untuk bersaing dengan SUV segmen C yang lain. Subaru XV lebih disasarkan sebagai ‘crossover’ yang bersaing dengan SUV segmen B seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Hyundai Kona dan Proton X50. Dimensi dan harga Subaru XV lebih menjerumus ke arah SUV segmen B.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 01

Untuk harganya, anda akan menerima sebuah SUV segmen C yang kompak justeru lincah dan mantap dipandu. Kami cukup menggemari ‘abang besar’ model ini iaitu Subaru Forester (baca review di sini) dan kagum bagaimana kedua-dua model ini berkongsi enjin, transmisi dan platform (Subaru Global Platform) yang sama tetapi ditala berbeza.

Rekaan yang segar, muda dan sporty

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 02

Subaru XV sememangnya sebuah model yang lebih sporty berbanding Subaru Forester. Kemasan krom di sekitar model ini dapat dilihat pada rim, bumper hadapan, bumper bawah, skirting sisi, jalur tingkap dan rel bumbung. Perincian seperti ini menyerlahkan lagi gaya ‘crossover’ Subaru XV pacuan AWD.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 03

Bergerak ke bahagian dalaman pula, Subaru XV mengekalkan susun atur papan pemuka dan konsol tengah Subaru Forester, cuma berbeza pada kemasan jahitan sahaja. Terdapat pedal yang menggunakan kemasan krom, seolah-olah warisan sukan permotoran Subaru yang terkenal di kejohanan rali.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 04

Ruang pada bahagian dalam juga agak baik. Platform SGP membolehkan susun atur bahagian dalaman yang terbaik. Ruang di kaki dan kepala pada bahagian penumpang juga cukup namun kekurangan pada bahagian but belakang yang berkapasiti 345 liter. Sebagai perbandingan Honda HR-V (437 liter) dan Mazda CX-3 (350 liter).

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 05

Selain itu, kadar penglihatan pada Subaru XV agak besar berbanding Honda HR-V. Hal ini memberikan lebih keyakinan dalam kendalian pemanduan. Kemasan dalaman terasa kurang premium berbanding SUV pada harganya namun dilihat dapat bertahan pada suatu jangka masa yang panjang. Prinsip fungsi lebih penting berbanding bentuk (function over form).

Harga dan varian

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 06

Harga Subaru XV bermula daripada RM 117,788 sehingga RM 124,788 (tanpa insurans). Varian yang terdapat dalam pasaran Malaysia adalah seperti diatas. Kesemua model Subaru XV adalah model yang dipasang tempatan di Segambut.

Kelebihan dan kekurangan

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 07

Kekuatan mana-mana model Subaru sememangnya sukar disangkal lagi. Subaru sangat mementingkan pemanduan. Penggunaan sistem suspensi Double Wishbone, enjin 2.0 liter NA Boxer dengan transmisi Lineartronic CVT automatik memberikan keyakinan pemanduan yang sangat tinggi. 

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 08

Memandu pada kelajuan 150 - 160 km/j sememangnya lancar dan yakin. Tiada gegaran yang ketara, stabil pada selekoh dengan penukaran gear yang lancar. Jika anda mahu lebih pemanduan yang sporty, gunakan mod manual dan tukar gear menggunakan tuil penukar (paddle shifter) pada stereng.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 09

Keselesaan pemanduan juga sangat bagus. Sistem suspensi yang ditala memuaskan, tidak keras seperti Honda HR-V dan tidak terlalu lembut sehingga berbuai. Terdapat 7 beg udara untuk kereta ini sebagai ciri keselamatan yang paling utama. Subaru XV sememangnya lebih sesuai dipanggil crossover kerana memiliki kelebihan pemanduan sedan dengan keselesaan SUV. 

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 10

Kelebihan sistem Symmetrical AWD tidaklah begitu ketara untuk iklim Malaysia tetapi tetap memberikan lebih keyakinan pada selekoh. Ruang dalaman menggunakan bahan kemasan yang baik. Terdapat fungsi Android Auto dan Apple Carplay serta fungsi kamera 360 darjah. Rekaan ergonomik juga bagus, jarak kelegaan tanah juga cukup. Tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 11

Kekurangan Subaru XV pula banyak yang berkisar dengan faktor kewangan. Penggunaan minyak sekitar 10 liter / 100 km (ujian kami) agak jauh berbeza dengan Honda HR-V apatah lagi Proton X70. Untuk kos penyelenggaraan juga sedikit tinggi berbanding kereta biasa kerana enjin Boxer yang istimewa.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 12

Tiada fungsi but belakang elektrik, rekaan dalaman yang membosankan (function over form), tiada fungsi bantuan pemandu (ADAS) dan tiada fungsi EyeSight yang sangat kami gemari pada Subaru Forester 2.0i-S ES. Walaupun ketiadaan fungsi-fungsi tersebut tidak begitu penting namun untuk pasaran yang sensitif harga seperti Malaysia, tawaran kelengkapan mampu memberi justifikasi kepada harganya.

Ringkasan

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 13

Subaru XV mengujakan peminat yang suka memandu. Sama seperti Subaru Forester, pembeli haruslah memandu kereta ini untuk menyukainya. Hal ini kerana sekadar apa yang ditawarkan di atas kertas, sudah pasti ia kalah dari segi harga dan tawaran kelengkapan yang diberikan oleh pihak pengeluar lain.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 14

Walaupun begitu, Subaru memberikan pakej yang lebih lengkap dengan kesemua tawaran yang diberikan secara keseluruhan begitu berbaloi. Jika anda selalu mengimpikan perjalanan jauh yang panjang tetapi masih mampu mengujakan anda, Subaru XV adalah pilihan terbaik.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 15

Namun kesemua itu hadir dengan harga yang walaupun berbaloi, masih dikategorikan sebagai kurang mampu milik. Oleh sebab itulah jika faktor kewangan bukan isu utama anda, lupakan sahaja model 'mampu milik' lain yang bersaing dengan 'crossover' ini. Subaru XV jauh lebih berbaloi sebagai pakej yang lengkap.

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50! 16

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda