window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta

Mersita · Sep 10, 2020 11:30 AM

Kementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta 01

‘Dashcam’, sebuah peranti yang digunakan untuk merekod video pemanduan di dalam kereta adalah antara alat yang semakin popular digunakan oleh pemandu-pemandu di Malaysia. Kerajaan Malaysia akan menjalankan kajian keatas penggunaan rakaman ‘dashcam’ di mahkamah atau untuk sebarang tuntutan dan kes undang-undang sivil. Selain dari itu, pihak kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penggunaan peranti tersebut di dalam kereta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata yang penggunaan ‘dashcam’ telah terbukti berguna untuk merekod kejadian kemalangan di jalanraya supaya ia boleh digunakan sebagai bukti dalam apa jua kes.

Kementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta 02

Perkara ini telah menggesa kerajaan untuk mula mengkaji aspek perundangan, spesifikasi teknikal, kesahihan dan macam-macam lagi untuk membuatkan rakaman ‘dashcam’ sebagai bukti sah dalam kes mahkamah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang pernah kami sarankan sebelum ini, ada beberapa spesifikasi yang harus ada dalam peranti ‘dashcam’ kereta anda supaya rakaman yang diambil berkualiti tinggi dan dapat disimpan dengan selamat tanpa menyempitkan kapasiti memori ‘dashcam’ tersebut.

Masa kini, ada banyak kejadian dimana rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan kesalahan pengguna jalanraya digunakan sebagai bahan bukti oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan keatas insiden berkaitan.

Kementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta 01

Dengan peningkatan penggunaan rakaman ‘dashcam’ oleh pihak berkuasa, kerajaan harus mengambil langkah secepat mungkin dalam penetapan garis panduan dan undang-undang yang jelas tentang penggunaan rakaman ini.

Pihak kerajaan juga sedang mempertimbangkan penguatkuasaan untuk menjadikan ‘dashcam’ sebagai alat wajib di dalam kereta, terutamanya di dalam kenderaan yang baru didaftarkan dan juga di masa hadapan. Tapi, Wee juga berkata yang mereka akan mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam lagi memandangkan yang kita mesti mengambil kira bebanan yang akan dihadapi rakyat, terutama sekali bagi golongan B40.

Kementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta 02

Tapi, buat masa ini perkara ini hanya akan melibatkan kenderaan yang baru didaftarkan sahaja, dimana kenderaan sedia ada akan dikecualikan dari kuatkuasa ini jika kementerian tersebut memutuskan untuk menguatkuasakan undang-undang ini.

Apabila ditanya samada pihak kerajaan ada perancangan untuk berbincang dengan pembuat kenderaan seperti Perodua dan Proton untuk menyediakan ‘dashcam’ sebagai aksesori asas di dalam setiap kenderaan tanpa mengira apa jua segmen selepas ini, Wee menjawab yang jika semua aspek perundangan dan teknikal telah diselaraskan, Kementerian Pengangkutan mungkin akan merancang untuk menjalankan perundingan ini dengan kedua-dua pembuat kereta tersebut.

Pada masa yang sama, Wee juga berkata yang mengikut apa yang beliau tahu setakat ini, belum ada kajian yang dijalankan untuk memastikan samada penggunaan ‘dashcam’ telah mengurangkan kemalangan dan jenayah di jalanraya.

 

Sumber: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda