window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa ada sebuah Mk8 VW Golf R dihasilkan di Pekan, unit CKD pertama luar Jerman?

Mersita · Jul 17, 2023 05:00 PM

Kenapa ada sebuah Mk8 VW Golf R dihasilkan di Pekan, unit CKD pertama luar Jerman? 01

Ketika menapis beberapa baris komunikasi dalaman oleh pembekal otomotif, kami dapat tahu yang kilang DRB-Hicom’s Automotive Manufacturers Malaysia (AMM) di Pekan, Pahang telah membina 1 unit Volkswagen Golf R – walaupun ia tidak dipasang secara domestik (CKD) secara rasmi di Malaysia.

Kilang pemasangan kenderaan tempatan Volkswagen terletak di AMM. Buat masa sekarang, ia menghasilkan hanya tiga model VW iaitu Tiguan Allspace, Golf GTI, dan Arteon.

Kehadiran sebuah Golf R di kilang di Pekan itu menimbulkan tanda tanya kerana Volkswagen Golf R yang dijual oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) diimport sepenuh (CBU) daripada kilang di Wolfsburg, Jerman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa ada sebuah Mk8 VW Golf R dihasilkan di Pekan, unit CKD pertama luar Jerman? 01

Tambahan pula, tiada satu pun kilang VW selain kilang tersebut yang mengeluarkan Golf R pacuan semua roda (AWD) ini – menjadikan Golf R CKD Malaysia ini, jika benar, yang pertama di dunia!

Golf GTI yang lebih rendah kuasanya dan berpacuan roda hadapan (FWD) buat masa ini dihasilkan di 3 lokasi di seluruh dunia iaitu di Wolfsburg (Jerman), Changchun (China), dan Pekan (Malaysia).

VPCM melancarkan Golf GTI CKD pada Februari 2022 seiring dengan Golf R yang diimport masuk ke Malaysia.

Sejak pelancarannya, kilang di Pekan telah menghasilkan sejumlah 771 unit Golf GTI (setakat Mei 2023).

Golf GTI CKD berkuasa/tork 245 PS/370 Nm dijual pada harga RM 246,012, termasuk waranti dilanjutkan 5 tahun berserta pakej penyenggaraan percuma 3 tahun.

Kenapa ada sebuah Mk8 VW Golf R dihasilkan di Pekan, unit CKD pertama luar Jerman? 02

Lebih menghairankan, model Golf R yang diimport masih ditawarkan di laman sesawang tempatan jenama itu. Tapi, senarai harga model tersebut belum dikemaskini menggunakan format senarai harga VPCM yang baharu iaitu Volkswagen Assurance Package (VAP) – memberi klu yang satu model baru bakal tiba tidak lama lagi.

Golf R masih dipamerkan dengan tanda harga RM 431,162. Pemasangan tempatan akan mengecualikannya daripada cukai duti import sebanyak 30 peratus. Bergantung kepada nilai kandungan tempatan yang digunakan, pengurangan tambahan daripada 80 peratus duti eksais (bagi kereta penumpang berkapasiti enjin 2.0 liter) juga boleh diberi. Namun, memandangkan volum jualan VW yang rendah, mungkin mereka tidak cukup ekonomi skala (economies of scale) untuk melaksanakan lebih banyak penyumberan komponen tempatan.

Kenapa ada sebuah Mk8 VW Golf R dihasilkan di Pekan, unit CKD pertama luar Jerman? 03

Jika kewujudan Golf R CKD ini benar, ia merupakan satu pencapaian besar bagi VPCM kerana tiada negara lain selain daripada Jerman yang diberi penghormatan untuk memasang Golf R yang ikonik secara domestik.

Golf R yang diturunkan harganya boleh menjadi alternatif yang dialukan-alukan untuk peminat ‘hot hatch/mega hatch’ yang mahukan kereta 2 pedal dan berprestasi tinggi untuk kegunaan harian.

Kenapa ada sebuah Mk8 VW Golf R dihasilkan di Pekan, unit CKD pertama luar Jerman? 04

Jika VPCM berjaya menubuhkan premis yang kukuh untuk menghasilkan Golf R CKD tahun ini, pelancarannya akan bertembung dengan pelancaran FL5 Honda Civic Type R (CBU Jepun) oleh Honda Malaysia. Ia juga bakal berentap dengan Toyota GR Corolla yang baru saja mula sesi penyerahan kepada pelanggan.

Juga baca: Spyshot: Samaran Honda Civic Type R (FL5) 2023 di Malaysia - saingan Toyota GR Corolla, RM 350k?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf R 2.0 TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda