window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Picanto facelift 2024 tertiris; hatchback kompak bergaya yang kita tak mampu dapat!

Haris · Jun 6, 2023 10:00 AM

Kia Picanto facelift 2024 tertiris; hatchback kompak bergaya yang kita tak mampu dapat! 01

Imej studio bagi Kia Picanto facelift 2024 telah tertiris dalam talian, menjelang pelancaran globalnya yang dijadualkan akhir bulan ini.

Beberapa forum dan laman web termasuk The Korean Car Blog dan Autospy menunjukkan bahagian depan yang lebih tajam dengan fasia depan yang lebih rata di samping hud depan yang kelihatan lebih tinggi sedikit daripada model sebelum facelift.

Kia Picanto facelift 2024 tertiris; hatchback kompak bergaya yang kita tak mampu dapat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lampu depan kini disusun secara menegak dan kelihatan seperti mungkin disambungkan dengan jalur krom melintang yang diapit di antara logo Kia baru dan interpretasi gril "Tiger Nose" yang baharu.

Di bahagian belakang hatchback dalam trim GT-Line yang kelihatan sporty ini, kita dapat melihat satu lagi set lampu baru, sekali lagi disertai oleh jalur krom melintang, bumper baru, malah dalam varian ini dilengkapi dengan diffuser untuk memberikan gaya sporty yang menyerlah.

Kia Picanto facelift 2024 tertiris; hatchback kompak bergaya yang kita tak mampu dapat! 01

Lebih penting lagi, Kia Picanto kini lebih seiring dengan nuansa reka bentuk baharu jenama itu, menjadikannya sejajar dengan model yang baru diperkenalkan atau didedahkan seperti SUV elektrik Kia Sportage, Kia Niro dan Kia EV9.

Bahagian dalam juga didedahkan dengan rekaan yang hampir sama dengan model pra-facelift namun mempunyai ciri dipertingkat seperti kluster instrumen meter digital 4.2 inci menggabungkan kelajuan digital dengan takometer serta skrin infotainment 8.0 inci. 

Kia Picanto facelift 2024 tertiris; hatchback kompak bergaya yang kita tak mampu dapat! 02

Dahulu, Kia Picanto merupakan satu-satunya pilihan bukan nasional di Malaysia dalam segmen yang didominasi oleh Perodua Myvi dan Perodua Axia.

Naza Kia, pengedar jenama Kia pada masa itu telah memperkenalkan Kia Picanto pada tahun 2013, kemudiannya memperkenalkan generasi baharu sekitar tahun 2014 sebelum akhirnya model tersebut dihentikan jualan tanpa pengumuman rasmi sejak tahun 2020.

Model terpakai masih diburu peminat tempatan dengan model terakhir dalam varian GT-Line mampu mengekalkan harga sekitar RM 60k.

Baca: 4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Kia Picanto 1.2 EX AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda