Sewaktu membuat debut pada tahun 2020, ia datang dengan bateri berkapasiti 54.4 kWj. Lexus UX 300e 2023 pula akan menggunakan kapasiti 72.8 kWj yang mana jarak pandunya (kitaran WLTP) mencecah 450 km.
Sama seperti selama ini, pengecas pantas DC masih menggunakan format Jepun iaitu CHAdeMo.
Dari segi kuasa, ia kekal pada 203 PS dan 300 Nm tork dan kuasa dihantar ke roda hadapan.
Masuk ke bahagian dalam, Lexus UX 300e 2023 hadir dengan infotainment lebih besar yang bersaiz 12.3 inci dan posisinya kini lebih dekat dengan pemandu. Skrin yang dipaparkan juga mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan ia datang dengan kemaskini over-the-air (OTA).
Pada masa yang sama, bahagian konsol tengah ditambah dengan 2 pengecas USB-C. Selain itu, saiz pad pengecas tanpa wayar juga dibesarkan lagi.
Infotainment baru pada bahagian atas.
Berkenaan keselamatan pula, ciri Pre-Collision System juga diperbaharui yang mana pada waktu siang, ia sudah boleh mengesan penunggang basikal. Malah pada waktu malam, ia juga boleh mengesan pelintas jalan.
Menariknya, aspek pengendalian dan pemanduan juga dinaik taraf dengan penambahan 20 titik kimpalan di serata casis.
Di samping itu, EPS dan penyerap hentakan juga ditala semula di Toyota Technical Center Shimoyama iaitu trak mini ala Nurburgring yang mewakili situasi sebenar pemandu-pemandu Lexus akan hadapi dalam pemanduan harian mereka.
Secara amnya, penyerahan Lexus UX 300e 2023 akan bermula pada suku 2 tahun hadapan.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.