window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malas nak tanggung kos pemilikan kereta? GoCar Subs ada alternatif!

Faisal · Sep 15, 2020 09:13 AM

Malas nak tanggung kos pemilikan kereta? GoCar Subs ada alternatif! 01

Kos pemilikan kereta bukan sahaja merangkumi bayaran bulanan semata-mata, malah insurans dan penyelenggaraan juga menyumbang kepada kos yang tinggi.

Pada masa yang sama, kesusutan nilai secara tidak langsung mengundang kepada kos pemilikan kereta tersebut. Anda akan perasan perkara ini ketika anda hendak menjual kelak.

Secara umumnya, kereta yang bernilai RM 100,000 mengalami kesusutan nilai sebanyak RM 15,000 sebaik sahaja ia keluar dari bilik pameran. Kemudian, ia akan menyusut sebanyak RM 10,000 untuk setiap tahun yang berikutnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malas nak tanggung kos pemilikan kereta? GoCar Subs ada alternatif! 01

Untuk pengetahuan anda, GoCar Subs ialah sistem penyewaan kereta untuk jangka masa panjang yang merangkumi semua aspek. Dengan kos yang lebih rendah, ia lebih berbaloi daripada pembelian kereta secara konvensional.

Mereka menanggung kos insurans, cukai jalan, penyelenggaraan (termasuk tayar), dan penyusutan nilai.

Malas nak tanggung kos pemilikan kereta? GoCar Subs ada alternatif! 02

Tetapi…

Jarak tempuh anda akan dihadkan kepada 1,650 km sebulan. Adakah anda memandu sejauh ini setiap bulan? Jarak tempuh tambahan boleh dibeli seperti plan internet untuk telefon pintar anda.

Kepala perlu melanggan kalau saya boleh membeli terus?

Kenapa anda perlu membayar untuk sesuatu yang hanya akan membebankan anda pada jangka masa yang panjang? Kenapa tidak hanya melanggan seperti pelan telefon pintar?

Malas nak tanggung kos pemilikan kereta? GoCar Subs ada alternatif! 03

Pada masa yang sama, GoCar Subs menawarkan pelbagai pilihan kenderaan daripada kereta ekonomi seperti Proton Saga, Perodua Myvi, SUV seperti Nissan X-Trail Hybrid, MPV seperti Nissan Serena sehingga ke kenderaan mewah seperti BMW 5 series F10.

Pelan GoCar Subs bermula dari satu minggu (sesuai untuk pergi cuti sementara) hingga ke 36 bulan.

Sebagai contoh, Proton Saga dengan jarak tempuh kurang daripada 1,000 km boleh didapati dengan hanya RM 820 sebulan melalui pelan 3 tahun.

Sebagai perbandingan, ansuran 9 tahun (tempoh yang kami tidak cadangkan sama sekali) pada Proton Saga berharga RM 450 sebulan. Ditambah dengan kos penyelenggaraan dan tayar, insurans serta cukai jalan, kos pemilikan menjadi sekurang-kurangnya RM 750 sebulan.

Malas nak tanggung kos pemilikan kereta? GoCar Subs ada alternatif! 04

Harus diingatkan juga bahawa jadual penyelenggaraan kenderaan Proton untuk 5 tahun / 100,000 km tidak merangkumi alat ganti seperti bateri, pad brek serta minyak brek, servis penyaman udara, dan servis roda (allignment & balancing). Penggantian timing belt yang berharga RM 630 pula ditetapkan pada 110,000 km.

Oleh itu, Proton Saga akan mengalami kerugian sebanyak RM 330 sebulan untuk lima tahun yang pertama. Hal ini meningkatkan kos pemilikan kepada RM 1,080 sebulan.

Antara soalan yang sering dikemukakan ialah:

Apa pilihan saya setelah pelan langganan berakhir?

Anda boleh pulangkan kereta atau membelinya dengan harga pasaran. Memandangkan anda sudah berbelanja kurang daripada pengguna yang membeli secara konvensional, anda tidak kerugian sama sekali.

Bagaimana sekiranya kenderaan saya perlu diservis?

Wakil GoCar Subs akan mengambil kereta dari lokasi pilihan anda untuk diservis. Sekiranya kerja penyelenggaraan mengambil masa lebih dari 48 jam, kereta sementara akan diberikan.

Di mana lokasi perkhidmatan GoCar Subs?

Buat masa ini, GoCar Subs hanya terdapat di Lembah Klang.

Bolehkah saya melihat kereta tersebut terlebih dahulu sebelum melanggan?

Boleh. Anda boleh melihat pilihan kereta GoCar Subs di pusat pentadbiran mereka di Petaling Jaya. Anda hanya perlu membuat tempahan slot dengan menghubungi 1800-18-8663 atau menghantar e-mail kepada subs@gocar.my.

Saya hendak menukar model / pelan langganan. Adakah sebarang caj akan dikenakan?

Caj perkhidmatan akan dikenakan. Di samping itu, bayaran langganan akan diubah berdasarkan kenderaan yang dipilih.

Bolehkan pemilik Lesen P membuat langganan?

Tidak boleh..

Jika saya mengalami kemalangan, adakah saya akan didenda? Adakah kenderaan ganti akan diberi?

Kereta sementara akan diberi. Bergantung kepada tahap kemalangan, beberapa bayaran akan dikenakan. Walaupun terdapat pertolongan daripada insurans, terdapat beberapa peringkat dimana ia tidak mencukupi atau tidak bertepatan dengan piawaian.

Bolehkah pemandu lain memandu kereta GoCar Subs? Adakah mereka akan dilindung dalam insurans?

Ya. Pelanggan boleh memberi dua nama pemandu tambahan yang akan turut dilindung oleh insurans.

Adakah sebarang bayaran lain yang saya perlu tahu?

Deposit jaminan akan dikenakan untuk langganan 12 bulan atau lebih, bergantung kepada model. Sebagai contoh, Proton Saga mengenakan deposit sebanyak RM 1,640 (jauh lebih rendah daripada bayaran muka untuk pembelian konvensional).

Deposit ini akan dipulangkan semula setelah kontrak berakhir apabila kereta dipulangkan dalam keadaan yang baik.

Ada perkara lain yang saya boleh tahu?

Sekiranya PKP/PKPP telah menganggu pekerjaan anda, anda boleh menjual kereta anda kepada GoCar Subs dan anda akan menerima sejumlah bayaran tunai. Pada masa yang sama, anda masih boleh menggunakan kereta anda seperti biasa.

Secara ringkas, anda memberikan hak pemilikan kepada GoCar Subs untuk menukarkannya kepada pelan langganan yang menyeluruh supaya anda memperolehi lebih penjimatan.

Malas nak tanggung kos pemilikan kereta? GoCar Subs ada alternatif! 05

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda