window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021

Faisal Β· Jun 14, 2021 04:00 PM

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 01

Peugeot 508 2021 mungkin sudah diuji beribu kilometer di Malaysia tetapi tanpa disangka, Singapura melancarkannya terlebih dahulu. Secara tidak langsung, mereka menjadi negara pertama di rantau ASEAN yang memperkenalkan sedan segmen D tersebut.

Eksterior – Lagi cun daripada Camry?

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 02

Di Singapura, Peugeot 508 yang hanya datang dengan varian GT ditawarkan dengan harga yang bermula dari SGD 159,888 (~RM 460k). Antara ciri standard ialah lampu depan LED dengan larasan automatik, lampu belakang LED dengan kecerahan adaptif, tingkap pintu tanpa bingkai, dan rim dwi-tona 18 inci ‘Hirone’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 01

Peugeot 508 spec UK.

Melengkapi penampilan Peugeot 508 spec Singapura ialah GT Pack yang mana ia menambah muncung ekzos berkemasan krom dan trim ala karbon pada bahagian dalam.

Interior – Futuristik, skrin besar

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 02

Pada bahagian kabin, terdapat kerusi kulit Nappa, penyaman udara 2 zon (dengan corong di tempat duduk belakang), dan stereng kulit dengan larasan ketinggian dan teleskopik.

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 03

Selain itu, kluster instrumen digital 12.3 inci i-Cockpit didatangkan sekali dengan infotainment sesentuh 8 inci yang mempunyai arahan suara. Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto turut dilengkapkan.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 04

Peugeot 508 spec Singapura juga hadir dengan pengecas tanpa wayar Qi, lipatan 60:40 untuk kerusi belakang, ambient lighting berwarna biru, dan kerusi depan elektronik dengan fungsi urut.

Trenkuasa – Tiada hibrid

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 05

Dengan berasaskan platform PSA EMP2, sedan segmen D yang bergaya ini dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo (181 PS, 250 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 06

Spec Malaysia nanti dijangka menggunakan gabungan yang sama.

Keselamatan – Ada ciri ADAS

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 07

Electronic Parking Brake (EPB) adalah standard.

Selain beg udara pemandu, penumpang, dan curtain, Peugeot 508 spec Singapura turut dilengkapkan dengan ciri bantuan keselamatan ADAS seperti:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Front Collision Warning (FCW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 08

Antara ciri keselamatan yang lain termasuklah tyre pressure monitoring system, pengesan halangan parkir depan dan belakang, brake assist, dan juga kawalan kestabilan.

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 09

Di Malaysia nanti, Peugeot 508 dijangka diperkenalkan sekali dengan Peugeot 2008 SUV.

Juga bacaSpyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited?

Malaysia lembab, Singapura negara ASEAN pertama yang lancar Peugeot 508 2021 10

Spyshot Peugeot 2008 di Gurun tahun lepas.

Apapun sejak spyshot pertama yang tertular tahun lepas, masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran di tanah air.

Juga bacaBerjaya jual pegangan saham Peugeot bernilai RM 6.67 juta, BAASB kini anak syarikat milik Bermaz

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Peugeot 508 GT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda