window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k

Mersita · Jul 22, 2022 12:30 PM

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 01

Seiring dengan Mercedes-Benz EQS, Mercedes-Benz Malaysia turut memperkenalkan Mercedes-Benz EQB 350 4Matic iaitu sebuah SUV elektrik (EV) 7 tempat duduk.

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 02

Bagi Malaysia, satu-satunya varian EQB 350 4Matic yang ditawarkan adalah diimport (CBU) dari Jerman – memanfaatkan insentif EV dari kerajaan yang merangkumi pengecualian duti import, eksais, dan cukai jalan sah sehingga 31 Disember 2023. EQB 350 4Matic dianggarkan akan dijual di Malaysia dengan harga RM 330,000, atas-jalan (OTR), tidak termasuk insurans.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 01

Mercedes-Benz EQB 350 ini digerakkan oleh dua motor elektrik; satu di setiap gandar, disamping itu menjadikannya SUV elektrik pacuan semua roda (AWD). Apabila digabungkan, kedua-dua motor ini mampu menjana 292 PS dan 520 Nm – kuasa dibekalkan dari pek bateri 66.5 kWh.

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 02

Bagi aspek prestasi, ia mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 6.2 saat dan mempunyai kelajuan puncak setinggi 160 km/j. Dibawah kitaran ujian WLTP, Mercedes-Benz menyatakan yang EQB 350 menggunakan 18.1 – 19.4 kWh/100 km. Jarak perjalanannya di bawah kitaran ujian yang sama adalah antara 388 – 423 km.

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 03

Dengan sambungan CCS2-nya, EQB padan dengan pengecas pantas DC setinggi 100 kW – hanya 32 minit diperlukan untuk mengecasnya dari 10% ke 80%. Cas 15 minit boleh memberikan tambahan 140 km jarak tempuh.

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 04

Kelengkapan standard bagi EQB 350 spesifikasi Malaysia termasuklah:

  • Lampu hadapan LED High Performance
  • Rim aloi 5-spoke 19 inci
  • Sarung kemasan kulit Artico dan fabrik Cupertino
  • Stereng pelbagai fungsi disarung dengan kulit Nappa
  • Lampu ambien
  • Pengecas tanpa wayar Qi
  • Sistem infotainment 10.25 inci
  • Android Auto, Apple CarPlay
  • Skrin meter digital 10.25 inci

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 05

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k 06

Manakala, kelengkapan keselamatan yang ada pada EQB 350 4Matic termasuklah:

  • Pakej Bantuan Pemandu (ADAS)
  • Active Distance Assist Distronic
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • Active Brake Assist
  • Adaptive Highbeam Assist
  • Kamera parkir 360 darjah
  • Parking Assist Parktronic

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz EQB Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia