Mercedes-Benz GLA CKD di Malaysia kini rasmi – GLA 200 & GLA 250, bermula RM 232k
Faisal · Oct 28, 2021 12:15 PM
0
0
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz GLA H247 versi CKD (dari kilang Pekan) sebentar tadi. Seperti yang dijangka, ‘baby’ SUV Mercedes ini berharga lebih murah berbanding model CBU yang dilancarkan pada Disember tahun lalu.
Sama seperti sebelum ini, model CKD hadir dengan penawaran varian GLA 200 dan GLA 250.
Perbezaan harga model CBU vs CKD
Varian
CBU
CKD
GLA 200
RM 244,200
RM 232,379
GLA 250
RM 285,337
RM 266,164
Harga model CKD atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 31 Disember 2021
Model yang berplatformkan Modular Front Architecture-ll (MFA-ll) ini lengkap dengan waranti empat tahun tanpa had perbatuan.
Trenkuasa
Secara teknikal, GLA 200 dikuasakan oleh enjin 1.3L M282 turbo dari Renault (163 PS, 250 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.
Mengenai GLA 250, ia dijana oleh enjin 2.0L (M260) yang menghasilkan 224 PS dan 350 Nm tork. Kuasanya diuruskan oleh transmisi DCT 8 kelajuan.
Kedua-dua varian kekal dengan pacuan roda hadapan dan penggunaan suspensi belakang jenis multi-link beserta dengan passive damper.
Kelengkapan
GLA 200 CKD beransur dengan trim Progressive Line manakala GLA 250 pula menyerlah dengan set AMG Line. Disebabkan itu, ia hadir dengan rim 19 inci, bampar depan dan belakang yang lebih sporty, dan jarak kelegaan tanah yang lebih rendah.
Antara ciri standard yang ada pada GLA CKD adalah:
Lampu LED High Performance
Sokongan tulang belakang 4-hala
Penyaman udara automatik
Pengelap cermin automatik
But belakang automatik Easy-Pack
Mercedes me connect
Lipatan nisbah 40:20:40 untuk tempat duduk belakang
Infotainment MBUX dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.