window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang

Mersita · Dec 15, 2021 11:55 AM

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 01

  • Satu varian sahaja - hibrid plug-in S580e
  • Janaan kuasa ialah 510 PS/750 Nm
  • Kereta produksi pertama dilengkapi beg udara penumpang belakang bersemuka

Mercedes-Benz Malaysia baru saja melancarkan Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 hari ini. Hanya satu varian ditawarkan ditawarkan pada pelancarannya, iaitu Mercedes-Benz S580e hibrid plug-in (PHEV) dipasang tempatan (CKD). Harga belum disahkan lagi.

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 02

Namun, Mercedes-Benz mengatakan yang harganya akan lebih tinggi berbanding model sebelumnya. Sebagai rujukan, Mercedes-Benz S560e W222 dahulunya dijual pada harga RM 658,888.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 01

Mercedes-Benz S-Class W223 didebut secara global pada September tahun lalu. Ia dilengkapi dengan pelbagai perincian moden dan teknologi baharu – kebanyakannya boleh didapati dalam model Mercedes-Benz S-Class 2021 spesifikasi Malaysia.

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 02

Mercedes-Benz S-Class W223 serba baharu ini merupakan kereta produksi pertama untuk menawarkan beg udara bersemuka bagi penumpang belakang. Beg udara belakang ini menggunakan rekaan bertiub yang mengurangkan tekanan impak pada bahagian kepala dan tulang belakang sehingga 30 peratus.

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 03

Ukuran juga semakin besar berbanding model sebelumnya. S-Class W223 (versi jarak roda panjang) berukuran 5,289 mm panjang (+34 mm), 1,921 mm lebar (+22 mm), 1,503 mm tinggi (+12 mm), dengan jarak roda berukuran 3,216 mm panjang (+51 mm).

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 04

S-Class W223 ini juga memaparkan Digital Lights dimana ia berfungsi seperti pemancar video berserta fungsi seperti memancarkan simbol-simbol amaran di jalan raya atau pancaran cahaya yang boleh diubah-ubah.

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 05

Di ruang kabinnya pula, sedan mewah ini dilengkapi dengan skrin sentuh melintang 12.8 inci berserta MBUX (Mercedes-Benz User Experience) yang dikemaskini.

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 06

Sistem MBUX dinaiktaraf ini merangkumi pengesahan biometrik, pengalaman ketersambungan pengguna, media boleh-laras bagi penumpang berserta teknologi ‘augmented reality’ (AR). Kemudian nanti, ia juga akan menerima kemaskini ‘over-the-air’ (OTA).

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 07

Enjin bagi Mercedes-Benz S580e datang dalam bentuk enjin 3.0 liter berpengecas turbo in-line 6 dielektrifikasi, dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan. Ia menjana kuasa tergabung sebanyak 510 PS/750 Nm. Ini cukup untuk memacu kereta 2,400 kg ini dalam pecutan 0-100km/jam dalam masa 5.2 saat.

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 08

Bateri 28.6 kWh-nya membolehkan jarak perjalanan elektrik penuh sehingga 100 km dalam kitaran WLTP.

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 09

Dari segi sistem bantuan pemandu, pakej ADAS yang ada pada S-Class serba baru ialah:

  • Active Distance Assist Distronic 
  • Active Steering Assist 
  • Traffic Sign Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Emergency Stop Assist 
  • Attention Assist
  • Active Brake Assist with cross-traffic function
  • Active Blind Spot Assist and exit warning function
  • Evasive Steering Assist
  • Pre-Safe Impulse Side

Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang 10

Waranti ditawarkan bagi bateri hibrid 2021 Mercedes-Benz S580e ini ialah 8 tahun / 150,000 km mana-mana yang tiba dahulu. 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz S-Class S 580 e

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda