window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi?

Faisal · May 6, 2021 11:00 AM

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 01

PT Mercedes-Benz Distribution Indonesia (MBDI) baru sahaja perkenalkan Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru (jarak roda panjang) di Indonesia.

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 02

Selepas Singapura. negara itu merupakan pasaran kedua di rantau ASEAN yang melancarkan sedan mewah ini. Buat masa ini, ia diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman. Model pemasangan di Indonesia akan beransur pada suku keempat tahun 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Trenkuasa apa yang didatangkan?

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 01

Di sana, S-Class V223 ditawarkan dengan varian S450 4Matic Luxury. Ia menggunakan enjin petrol 3.0L 6 silinder sebaris (M256) yang menghasilkan 367 PS dan 500 Nm tork. Menjadi model hibrid sederhana EQ Boost, enjin tersebut dibantu oleh motor elektrik yang menghembuskan 22 PS dan 250 Nm tork.

Ciri apa yang mereka dapat?

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 02

Sebagai model Mercedes-Benz yang teratas, S-Class V223 hadir dengan segala ciri yang ada termasuklah sistem infotainment MBUX yang menegak dengan sistem kawalan suara ‘Hey Mercedes’. Malah, dua skrin multimedia dan skrin kawalan untuk penumpang belakang juga turut didatangkan.

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 03

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 04

Bercakap mengenai penumpang, S-Class V223 hadir dengan ciri urut dan tempat duduk berbantal, lampu ambient lighting, bumbung suria panoramik, serta beberapa port USB C.

Juga bacaMercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021?

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 05

Selain itu, S-Class V223 memperkenalkan beg udara di tempat duduk belakang yang mana ia menahan impak dari bahagian depan.

Juga bacaMercedes Benz S-Class 2021 hadir dengan ciri keselamatan untuk perlanggaran dari tepi!

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 06

Pada bahagian luar, model Mercedes-Benz yang teratas ini didatangkan dengan sistem Digital Light. Ia menggunakan modul yang membantu Highbeam Assist untuk membiaskan cahaya dengan lebih jauh dan lebih tepat.

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 07

Bagaimanakah harga Mercedes-Benz S-Class V223 di Indonesia?

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 08

Di sana, Mercedes-Benz S-Class yang baru ini berharga dari IDR 3 bilion (~RM 883k). Penyerahan hak milik kepada pelanggan pula dijangka bermula pada bulan Jun yang akan datang.

Bila giliran Malaysia?

Mercedes-Benz S-Class V223 2021 serba baru dilancarkan di Indonesia – Malaysia bila lagi? 09

Memandang negara-negara jiran sudah mula melancarkan S-Class yang baru, pasaran Malaysia dijangka menerima kehadirannya pada suku ketiga tahun 2021.

Juga bacaMercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz S-Class S 580 e

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda