window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35?

Faisal · Jul 2, 2021 02:30 PM

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35? 01

MINI Malaysia hari ini melancarkan MINI JCW Countryman facelift 2021. Model yang diimport dari UK ini ditawarkan pada harga RM 383,463 (harga CBU atas jalan, tanpa insurans, termasuk diskaun SST serta pakej servis dan waranti lanjutan).

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35? 02

Dari segi trenkuasa, ia kekal dengan enjin B48 2.0L turbo yang menghasilkan 306 PS dan 450 Nm tork (lebih 114 PS/170 Nm tork daripada versi Cooper S). Hembusan tenaga ini dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa 5.1 saat sebelum ia mencapai kelajuan tertinggi pada 250 km/j.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35? 01

Pada bahagian eksterior, JCW Countryman facelift diperbaharui dengan lampu depan jenis LED adaptif berfungsi matriks. Malah, lampu belakangnya turut dikemaskini dengan unsur grafik Union Jack, sama seperti model-model baru MINI yang lain.

Juga bacaMINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric!

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35? 02

Bampar depan pula nampaknya sama seperti sebelum ini tetapi bampar belakangnya tampil dengan pemantul yang lebih besar. Melengkapi penampilan JCW Countryman facelift adalah roda bersaiz 19 inci yang dibalut dengan tayar run-flat.

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35? 03

Beralih ke bahagian dalam, kluster instrumen digital 5 inci yang ada sebelum ini sudah menjadi kelengkapan standard. Sistem infotainment sesentuh bersaiz 8.8 inci yang dilengkapkan juga diperbaharui dengan bingkai baru dan panel kawalan sesentuh yang berkemasan hitam kilat. Sokongan Apple CarPlay juga turut didatangkan.

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35? 04

Secara standard, JCW Countryman facelift hadir dengan ciri:

  • Head-Up Display
  • Sistem bunyi Harman Kardon dengan 12 pembesar suara
  • Bumbung suria panoramik
  • Pengecas tanpa wayar

MINI JCW Countryman facelift 2021 dilancar di Malaysia – 306 PS, ini atau Mercedes GLB 35? 05

Antara kelengkapan standard yang lain termasuklah pakej Driving Assistant yang mana ia merangkumi ciri seperti AEB, LDW, bantuan lampu tinggi, dan Parking Assistant.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 MINI Countryman Cooper SE PHEV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda